Lelaki Gali Tanah, Tanam Diri-Sendiri Selepas Mendengar ‘Bisikan’

Orang ramai dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki yang bertindak menggali kubur dan menanam diri sendiri dalam tanah perkuburan awam berdekatan Kota Tegal, Indonesia baru-baru ini.nangtime.com - Lelaki Gali Tanah Kubur, Tanam Diri-Sendiri Selepas Dengar 'Bisikan'

Perbuatan lelaki yang dikenali sebagai Wawan Febriyanto, 23 tahun, itu pantas menjadi tular di media sosial dan penduduk tempatan terus memanggil pihak polis yang bergegas ke tempat kejadian sejurus mendapat panggilan. Menurut laporan Detik News, Ketua Polis Daerah Tegal Selatan, Sertu Dasrim mengatakan kejadian itu berkalu pada hari Rabu lalu.

Ketika pihak polis tiba di tempat kejadian, keadaannya ketika itu sudah masuk ke tanah kira-kira 70cm dan hanya menampakkan kepala dan setengah badannya sahaja.

Dasrim berkata, mangsa masih boleh bercakap dan menjawab soalan apabila ditanya walaupun setengah badannya sudah tertanam dalam kubur.

nangtime.com - Lelaki Gali Tanah Kubur, Tanam Diri-Sendiri Selepas Dengar 'Bisikan'

Menurutnya, lelaki itu menggali tanah kubur itu sendiri dengan menggunakan tangan kerana tidak dapat mencari peralatan menggali di sekitar tempat kejadian. Pihak polis akhirnya berjaya mengeluarkan Wawan dari kubur itu selepas memujuknya. Susulan itu, Wawan dibawa ke rumahnya di Kampung Kepandean.

Apabila ditanya mengenai tindakannya menggali tanah dan menanam diri-sendiri, Wawan memberitahu dirinya terdengar bisikan dan ingin kembali ke alamnya. Menurutnya, dia sudah meninggal dan dihidupkan kembali oleh Tuhan.

nangtime.com - Lelaki Gali Tanah Kubur, Tanam Diri-Sendiri Selepas Dengar 'Bisikan'

Menurut pihak polis lagi, Wawan dipercayai mengalami masalah gangguan jiwa yang mnyebabkannya bertindak sedemikian.

Sumber: Detik News

Facebook Comments Box