Lelaki Genius Cipta Motosikal Terbang Untuk Atasi Kesesakan Lalu Lintas

HUNAN – Seorang lelaki tampil dengan ciptaan motosikal terbang bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di wilayah tersebut.nangtime.com - Lelaki Genius Cipta Motosikal Terbang Untuk Atasi Kesesakan Lalu LintasZhao Deli merupakan seorang jurutera yang berasal daripada Deli, sebuah wilayah di Hunan, China.

Melalui artikel The Sun berdasarkan laporan berita China Xinhua, idea untuk mencipta motosikal terbang berkenaan tercetus apabila beliau mendapati bahawa wujudnya masalah kesesakan lalu lintas di sana.

Dalam satu ciapan di Twitter, beliau dilihat sedang terbang menggunakan motosikal terbang ciptaannya itu.

nangtime.com - Lelaki Genius Cipta Motosikal Terbang Untuk Atasi Kesesakan Lalu Lintas

Beliau mengambil masa bertahun-tahun untuk mencipta prototaip ‘skuter terbangnya’ sendiri dan kelihatan seperti sebuah dron gergasi ketika di udara.

Menurut rekod, ciptaan tersebut bagaimanapun bukanlah pertama kali dicipta di China.

Beliau sebelumnya pernah mencipta prototaip yang lebih kurang sama dengan motosikal terbang berkenaan tetapi yang terbaharu ini adalah lebih baik. – Sinar Harian

Facebook Comments Box