Lelaki ‘Lembaga Putih’ Atas Van Popular Hingga Ke Luar Negara Sampaikan Ramai Wakit Media Luar Mahu Jumpa

Lelaki ‘Lembaga Putih’ Atas Van Popular Hingga Ke Luar Negara Sampaikan Ramai Wakit Media Luar Mahu Berjumpa Dengannya.nangtime.com - Lelaki ‘Lembaga Putih’ Atas Van Popular Hingga Ke Luar Negara Sampaikan Ramai Wakit Media Luar Mahu Jumpa

LELAKI yang gambarnya berpakaian seperti lembaga putih dan berdiri di atas sebuah van serta tular di Facebook awal bulan lalu, turut mendapat liputan media luar negara.

Muhammad Urabil Alias,38, dari Taman Anika Jaya, Kampung Tempurung, Chukai berkata, dia tidak sangka penangan gambar itu menyebabkan dia mendapat liputan meluas media tempatan dan luar negara.

“Jika diikutkan ramai pengamal media dari luar negara yang ingin datang menemuramah dan merakam gambar saya berpakaian dan memakai topeng watak Gandalf itu.

“Tetapi setakat ini hanya wakil media dari Jepun dan Perancis yang datang membuat liputan dan merakam gambar saya untuk laporan agensi media di negara masing-masing,” katanya.

nangtime.com - Lelaki ‘Lembaga Putih’ Atas Van Popular Hingga Ke Luar Negara Sampaikan Ramai Wakit Media Luar Mahu JumpaAKSI Muhammad Urabil ketika media dari Jepun merakam semula gambarnya. FOTO Ihsan Muhammad Urabil.

Muhammad Urabil berkata, dia berasa seperti selebriti sejak gambar itu tular di media sosial seterusnya mendapat liputan Harian Metro.

“Orang ramai yang mengenali akan bertanya mengenainya dan pengamal media dari pelbagai agensi juga kerap menghubungi saya.

“Seronok juga apabila mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata memuji tindakan saya itu kerana bertujuan untuk menggalakkan orang ramai kekal di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sebelum ini,” katanya.

nangtime.com - Lelaki ‘Lembaga Putih’ Atas Van Popular Hingga Ke Luar Negara Sampaikan Ramai Wakit Media Luar Mahu Jumpa

Harian metro sebelum ini melaporkan gambar Muhammad Urabil berpakaian seperti lembaga putih dan berdiri di atas sebuah van menjadi tular di Facebook sehingga dikongsi netizen sebanyak 3,300 kali dengan 1,400 komen dan 983 tanda suka.

Rata-rata netizen menyangka ia adalah gambar sebenar sekali gus menjadi perbualan hangat di media sosial seterusnya mendorong Muhammad Urabil untuk tampil menceritakan hal sebenar.

Tindakan ejen perkapalan itu turut menerima ucapan terima kasih daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman. – Harian Metro

Facebook Comments Box