Seorang lelaki yang membeli sebuah peti ais terpakai secara online terkejut besar apabila menemui ada sejumlah duit bernilai RM401 Ribu yang tersembunyi di dalamnya.
Jika anda membeli sesuatu barangan terpakai dan kemudian menemui benda berharga yang tersembunyi pada barangan berkenaan, apakah yang akan anda lakukan?
Menurut laporan MBC News, ketika lelaki di Korea Selatan itu membersihkan peti ais berkenaan, dia secara tidak sengaja telah menemui kira-kira 2,200 keping wang kertas yang kesemuanya bernilai 110 juta won atau lebih kurang RM401 Ribu yang diletakkan di bahagian bawah peti ais tersebut.
Walaupun terkejut dengan penemuan duit tersebut, lelaki ini akhirnya membuat keputusan untuk membawa kesemua duit tersebut ke balai polis dan membuat laporan mengenai penemuannya pada 6 Ogos yang lepas.
Pihak polis kemudian membuat siasatan dan memanggil penjual dan pembeli untuk diambil keterangan termasuk orang yang menyerahkan peti ais tersebut kepada pembeli.
Menurut akta Hilang dan Jumpa (Lost and Found Act) di Korea Selatan, sekiranya pemilik asal tidak muncul atau tidak dapat dicari daslam tempoh 6 bulan, maka barangan tersebut akan diserahkan kepada orang atau pihak yang menemuinya dan dia mesti membayar cukai sebanyak 22 peratus dari nilai barangan tersebut.
Jika pemilik asal muncul dan berjaya ditemui, pampasan antara 5 hingga 20 peratus mesti diberikan kepada pihak yang menemuinya. Namun jika duit itu didapati mempunyai kaitan dengan sebarang jenayah, maka duit itu akan menjadi hak milik negeri. – nangtime.com
VIDEO:
Sumber: allkpop