Lelaki Menang Saman RM192,000 Terhadap Majikan Kerana Memberinya Kerja Membosankan

PARIS: Frederic Desnard bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat minyak wangi di Paris sehingga 2015.nangtime.com - Lelaki Menang Saman RM192,000 Terhadap Majikan Kerana Memberinya Kerja Membosankan

Dia menyaman bekas majikannya atas alasan tugasnya begitu membosankan sehingga dia mengalami kemurungan.

Masalah kemurungannya juga menyebabkannya terpaksa meletak jawatan. Desnard memenangi kes samannya dan menerima pampasan bernilai AS$45,000 (RM192,000).

Kes Desnard mendapat liputan meluas di seluruh dunia pada 2016 apabila dia cuba menyaman bekas majikannya Interparfum AS$400,000 (RM1.7 juta) kerana memberinya tugas yang membosankan sehingga menyebabkannya mengalami sawan disusuli kemurungan.

Dia juga mendakwa syarikat tersebut memberi keizinan kepadanya untuk tidak datang bekerja selama beberapa bulan dan kemudiannya menggunakan cuti panjangnya itu sebagai alasan memecatnya pada 2014.

nangtime.com - Lelaki Menang Saman RM192,000 Terhadap Majikan Kerana Memberinya Kerja Membosankan

Selepas sekian lama menunggu, pada minggu lepas, mahkamah memutuskan Desnand menderita “kebosanan” yang bertentangan dengan “terlebih kerja”.

Bekas majikannya diarah membayar pampasan AS$45,000 kepadanya. Menurut peguamnya kekurangan rangsangan di tempat kerja menyebabkan anak guamnya berasa “hilang keyakinan” dan “malu”, selain menyebabkannya mengalami sawan epilepsi.

Desnard memberitahu dia berasa malu dibayar gaji tanpa melakukan apa-apa, hanya melakukan tugasan mental selama empat tahun.

Antara tugasannya ialah memasang tablet baru CEO-nya dan membenarkan tukang paip masuk ke rumah majikannya.

Facebook Comments Box