Lelaki Mirip Shah Rukh Khan Tular Sampai Ke Malaysia

Seorang lelaki berasal dari Aceh menjadi tumpuan orang ramai apabila wajahnya dikatakan mirip pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan.nangtime.com - Lelaki Mirip Shah Rukh Khan Tular Sampai Ke Malaysia

Lelaki dikenali Teuku Hasnawi, 28, itu tidak percaya wajahnya dikaitkan dengan artis idolanya itu walaupun ramai orang mengesahkannya.

“Ramai beritahu saya mirip dengan Shah Rukh Khan,” kata Hasnawi kepada Tribunnews.

Tapi, dia juga mengaku keliru di mana persamaan wajahnya dengan pelakon sensasi itu.

 

Hasnawi sering memuat naik video mengenai dirinya memperagakan gaya seperti Shah Rukh Khan ketika menyanyi dan berlakon.nangtime.com - Lelaki Mirip Shah Rukh Khan Tular Sampai Ke MalaysiaMalah, ramai netizen terhibur dan memuji aksi Hasnawi hingga tular di Malaysia

“Ada berita juga katanya saya tular juga di Malaysia,” ucapnya.

Mengetahui dirinya tular, dia mengaku masyarakat Aceh banyak memberikan semangat kepadanya.

 

Hasnawi kerap menunjukkan kemahirannya meniru gaya Shah Rukh Khan.nangtime.com - Lelaki Mirip Shah Rukh Khan Tular Sampai Ke MalaysiaKepada Tribunnews, Hasnawi menjelaskan bagaimana dia meniru idolanya itu.

“Saya sebenarnya tidak menghafal juga, cuma kerana saya suka dengan lagu dan filem India, jadi saya terikut-ikut,” katanya.

Lelaki itu sebelum ini suka mengumpul koleksi filem Bollywood dan mengakui videonya dilihat jutaan kali.

“Saya hanya akan buat video bila bosan, tidak setiap hari cuma ketika bosan saja saya buat video,” ujarnya.

nangtime.com - Lelaki Mirip Shah Rukh Khan Tular Sampai Ke Malaysia

Katanya, dia meminati Shah Rukh Khan sejak berusia 15 tahun sehingga sekarang.

“Saya anggap dia lucu dan menyedihkan ketika membawakan pelbagai watak dalam setiap adegan filem.

“Paling saya suka karyanya adalah filem Koyla,” katanya.

Facebook Comments Box