Lelaki OKU Berkerusi Roda Selamatkan Anak Kucing Terjatuh Dalam Longkang Besar [VIDEO]

Lelaki OKU Berkerusi Roda Selamatkan Kucing Dalam Longkang. Dalam keadaan terbatas dan serba kekurangan, aksi seorang lelaki kelainan upaya (OKU) berkerusi roda yang menyelamatkan kucing di dalam longkang cukup meruntun hati netizen.nangtime.com - Lelaki OKU Berkerusi Roda Selamatkan Anak Kucing Terjatuh Dalam Longkang Besar [VIDEO]

Menerusi video berdurasi dua minit lima saat itu, sikap prihatin Abu Fathiyyaturahma menerima pujian ramai.

Malah, video yang dimuat naik menerusi laman Facebook miliknya pada Sabtu sehingga kini menerima lebih 300,000 tontonan.

“Pagi tadi masa dalam perjalanan pergi kompleks sukan Likas kami ternampak seekor anak kucing yang terjatuh dalam longkang besar sedang berpaut kuat di dinding lokang dengan basah kuyup entah dari bila lagi dia di situ.

nangtime.com - Lelaki OKU Berkerusi Roda Selamatkan Anak Kucing Terjatuh Dalam Longkang Besar [VIDEO]

“Saya pun cuba naikkan kucing tu ke atas, Alhamdulillah kami dapat bantu dia naik,” tulisnya di Facebook sehingga menerima 2,500 tanda suka.nangtime.com - Lelaki OKU Berkerusi Roda Selamatkan Anak Kucing Terjatuh Dalam Longkang Besar [VIDEO]

‘Yang sempurna pun belum tentu buat seperti bro. Tahniah.’ – NETIZEN

Menurut Abu Fathiyyaturahma lagi, video berkenaan dirakam oleh sahabatnya yang juga seorang OKU.

“Sahabat saya yang merakam video ni juga seorang OKU pengguna kaki palsu.

“Dia tidak boleh turun untuk selamatkan anak kucing tu jadi saya buat keputusan untuk turun selamatkan anak kucing tu,” katanya lagi.

nangtime.com - Lelaki OKU Berkerusi Roda Selamatkan Anak Kucing Terjatuh Dalam Longkang Besar [VIDEO]

Selain dikongsi lebih 1,700 pelayar Facebook, posting itu turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.

Malah, ia turut dimuat naik semula ke beberapa halaman Facebook lain sehingga menjadi perbualan ramai.

VIDEO:

Pagi td masa dalam perjalanan p kompleks sukan likas kami ternampak sekor ank kucing yg terjatu dalam longkang besar sedang berpaut kuat d dinding lokang dengan basah kuyup ntah dari bila lg dia d situ sy pun cuba naik kan kucing tu keatas alhamdulillah kami dpt bantu dia naik :)Ps. Sahabat sy yg merakam video ni juga Seorang oku pengguna kaki palsu dia tidak boleh turun utk slamatkan ank kucing tu jd sy buat kputusan utk turun slamatkan ank kucing tu

Dikirim oleh Abu Fathiyyaturahma Menk AbdunMujtahid pada Sabtu, 10 Agustus 2019

Rata-rata netizen memuji sikap Abu Fathiyyaturahma dan menyifatkan lelaki itu sebagai pencinta haiwan sebenar.

“Terima kasih. Anda seoang insan yang hebat. Walaupun OKU. Hati anda mulia tanpa mengira kepayahan demi menyelamatkan makhluk Allah yang lain.

“Yang sempurna pun belum tentu buat seperti bro. Tahniah.

“Terbaik… Kekurangan diri bukan penghalang meneruskan kebaikan kepada manusia mahupun haiwan,” tulis beberapa netizen.

Facebook Comments Box