Lelaki Pemakai Gelang Kuarantin Cuba Lari Sebaik Sedar Pemilik Gerai Memerhatikannya

BAYAN BARU: Lelaki berusia 42 tahun yang memakai gelang berwarna putih dipercayai tag kuarantin COVID-19, dikompaun RM1,000 di sini, hari ini kerana ingkar arahan kuarantin di rumah.nangtime.com -  Lelaki Pemakai Gelang Kuarantin Cuba Lari Sebaik Sedar Pemilik Gerai Memerhatikannya

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan A A Anbalagan, berkata lelaki dari Bandar Baru Air Itam itu dikenakan tindakan kompaun mengikut Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Terdahulu pihaknya menerima aduan daripada seorang pemilik gerai di ruang pameran Pusat Konvensyen Setia SPICE, di sini, mengenai kehadiran lelaki berkenaan pada jam 5.45 petang.

“Lelaki itu kemudian beredar selepas menyedari pemilik gerai berkenaan melihat gelang yang dipakainya.

“Pemilik gerai itu kemudian bertindak menahan lelaki terbabit sebelum diserah kepada pihak polis bagi tindakan lanjut, ” katanya hari ini.

nangtime.com -  Lelaki Pemakai Gelang Kuarantin Cuba Lari Sebaik Sedar Pemilik Gerai Memerhatikannya

Anbalagan berkata, siasatan mendapati lelaki terbabit bekerja sebagai juruteknik sebuah kilang di Kulim, Kedah.

Katanya, saringan awal ujian COVID-19 terhadap lelaki itu didapati negatif.

“Lelaki terbabit diarahkan menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari dan perlu hadir saringan susulan pada 10 Ogos ini,” katanya lagi. – Berita Harian

Facebook Comments Box