Lelaki Pening Dibayar Pelanggan Supaya Tidak Membaiki Handphone Yang Dihantarnya Ke Kedai

Seorang lelaki yang menyediakan servis handphone pening kepala apabila didatangi oleh seorang pelanggan lelaki. Dipendekkan cerita, pelanggan lelaki itu datang kepadanya dengan membawa sebuah iPhone. nangtime.com -   Lelaki Pening Dibayar Pelanggan Supaya Tidak Membaiki Handphone Yang Dihantarnya Ke Kedai

Walaubagaimanapun, lelaki terkejut apabila pelanggan tersebut memberinya upah tetapi tak tidak menyuruknya membaiki iPhone yang dihantarnya. Lelaki yang dikenali sebagai Oli Pickles menjadi keliru apabila seorang pelanggan masuk ke dalam kedainya dan memberikannya sebuah iPhone yang rosak.

Berserta dengan telefon itu adalah duit sebanyak £40 (RM212.34) dan sekeping nota. Berikut adalah isi nota tersebut.

“Bro, simpan duit dan telefon. Cuma call orang rumah aku dan bagitahu dia kau tak dapat betulkan. Nanti aku cerita.”

nangtime.com -   Lelaki Pening Dibayar Pelanggan Supaya Tidak Membaiki Handphone Yang Dihantarnya Ke Kedai

Lelaki berusia 28 tahun itu melakukan seperti yang dia dibayar untuk lakukan iaitu tidak membaiki telefon tersebut. Dia kemudian menghubungi wanita berkenaan untuk memaklumkan bahawa telefon itu tidak dapat dibaiki. Wanita itu hanya mengucapkan terima kasih dan berkata akan menyampaikan mesejnya itu.

Permintaan mencurigakan itu membuat pembaiki telefon itu garu kepala kerana tidak dapat menyelesaikan persoalan mengapa pelanggan itu tidak mahu telefon tersebut dibaiki.

Kos membaiki iPhone  itu juga adalah 2 kali ganda wang yang diberikan kepadanya, jadi Oli tidak mahu membazirkan tenaganya untuk mendapatkan jawapan dari telefon yang diserahkan kepadanya itu.

Malah, pelanggan tersebut juga masih belum kembali untuk menceritakan perkara sebenar seperti yang dijanjikan di dalam notanya.

nangtime.com -   Lelaki Pening Dibayar Pelanggan Supaya Tidak Membaiki Handphone Yang Dihantarnya Ke Kedai

Menurut Oli lagi, dia mengesan sesuatu yang mencurigakan pada pemilik telefon itu, dan sepanjang 6 tahun bekerja inilah kali pertama dia dibayar untuk tidak membaiki iPhone.

Oli juga berkata walaupun dia tidak dapat menduga apa yang cuba disembunyikan oleh pelanggan tersebut, ianya pasti suatu rahsia yang penting sehingga dia sanggup membayar untuk tidak mendedahkannya.

Apabila pelanggan misteri itu memberikan telefon itu kepadanya, dia seolah olah tidak sabar untuk membuang iphone itu dari hidupnya. Pembaiki telefon itu juga sempat menyuruh pelanggannya kembali dalam 2 jam, walaupun dia tahu lelaki itu tidak akan kembali.

Sumber: Daily Mail

Facebook Comments Box