Lelaki Sanggup Habiskan RM171,500 Untuk Topeng Muka Khas Bersalut Emas Untuk Perlindungan Dari Covid-19

PUNE – Seorang lelaki di India sanggup menghabiskan AS$40,000 (RM171,500) untuk topeng muka khas bagi melindunginya daripada koronavirus (Covid-19).nangtime.com - Lelaki Sanggup Habiskan RM171,500 Untuk Topeng Muka Khas Bersalut Emas Untuk Perlindungan Dari Covid-19

Menurut ahli perniagaan, Shankar Kurhada, 49, dari bandar Pune, topeng bersalut 60 gram emas itu mengambil masa selama lapan hari untuk dihasilkan.

“Ia ialah topeng muka yang nipis dan mempunyai liang kecil yang membolehkan saya bernafas. Saya tidak pasti sama ada ia boleh melindungi saya daripada jangkitan Covid-19, namun saya ada juga mengambil langkah berjaga-jaga yang lain,” ujarnya.

nangtime.com - Lelaki Sanggup Habiskan RM171,500 Untuk Topeng Muka Khas Bersalut Emas Untuk Perlindungan Dari Covid-19

Jelas Kurhada, dia suka memakai perhiasan emas termasuk gelang tangan dan rantai yang beratnya mencecah sehingga satu kilogram.

nangtime.com - Lelaki Sanggup Habiskan RM171,500 Untuk Topeng Muka Khas Bersalut Emas Untuk Perlindungan Dari Covid-19

“Saya mendapat idea selepas membaca laporan media tentang seorang lelaki memakai topeng muka diperbuat daripada perak. Orang ramai turut meminta untuk mengambil swafoto bersama saya. Mereka kagum melihat saya memakai topeng muka di pasar,” ujarnya.

nangtime.com - Lelaki Sanggup Habiskan RM171,500 Untuk Topeng Muka Khas Bersalut Emas Untuk Perlindungan Dari Covid-19

Ketika ini, India telah mewajibkan pemakaian topeng muka di tempat awam sebagai usaha untuk membendung penularan Covid-19 yang telah mencatatkan kira-kira 650,000 kes jangkitan dan lebih 18,600 kematian. – AFP

Sumber: Sinar Harian

Facebook Comments Box