Lelaki Sesat Di Laut Dikelilingi ‘Jerung’ Namun Diselamatkan Sekumpulan Dolphin

Tidak dinafikan antara hidupan yang paling ditakuti ketika berada di laut ialah ikan jerung. Kebiasaannya jika kelibat ikan jerung didapati di sesuatu tempat di laut, maka orang ramai pasti akan bergegas naik ke permukaan air demi keselamatan mereka.Lelaki Sesat Di Laut Dikelilingi 'Jerung’ Namun Diselamatkan Sekumpulan Dolphin

Satu kejadian yang menakjubkan telah berlaku kepada seorang lelaki berusia 24 tahun yang dikenali sebagai Ruairí McSorley yang tersesat ketika berenang di laut.

Ruairí McSorley dilaporkan hilang apabila seorang penduduk yang sedang membawa anjingnya berjalan-jalan dan telah melihat pakaiannya di pantai.

Dia pada mulanya bercadang untuk pergi berenang lebih dari 5 batu dari pantai Castlegregory ke Mucklaghmore Rock. Namun ketika dia berenang dia terlihat beberapa kelibat sirip hitam dan dia bengang dengan dirinya kerana tidak menyelidik dulu dan buat carian google sama ada Ireland Selatan mempunyai jerung atau tidak.Lelaki Sesat Di Laut Dikelilingi 'Jerung’ Namun Diselamatkan Sekumpulan Dolphin

“Jika itu adalah ikan jerung, saya harap mereka tidak lapar atau saya akan habis” – ujarnya.

Namun kemudian satu kejadian yang menakjubkan berlaku apabila Ruairí McSorley telah dilindungi oleh sekumpulan dolphin yang berada di sekelilingnya.

Kru penyelamat menyaksikan sesuatu yang menakjubkan apabila McSorley ‘dikelilingi’ oleh sekumpulan ikan dolphin yang seolah-olah bertindak sebagai ‘pelindung’ ketika mereka menemuinya.

Lelaki Sesat Di Laut Dikelilingi 'Jerung’ Namun Diselamatkan Sekumpulan Dolphin
Kru Penyelamat

Menurut kru penyelamat, suhu badan McSorley adalah sangat rendah ketika ditemui dan badannya mungkin hanya dapat bertahan selama setengah jam lagi jika tidak ditemui dan diselamatkan mereka.

Dia ditemui dan diselamatkan oleh sukarelawan Fenit RNLI sekitar pukul 8.30 malam iaitu kira-kira selepas 12 jam terdampar di laut dengan cuma memakai seluar renang.Lelaki Sesat Di Laut Dikelilingi 'Jerung’ Namun Diselamatkan Sekumpulan Dolphin

Ruairí McSorley bersyukur selepas diselamatkan dan dia sempat bertanya kepada kru penyelamat jika memang ada jerung di situ, tetapi diberitahu yang dia lihat itu berkemungkinan bukan jerung tetapi ikan dolphin.

 

Facebook Comments Box