Lepas Sejam Baru Reply Lepas ‘Seen’ Mesej, Cikgu Terkejut Dapat Tahu Ibu Sedang Korek Duit Untuk Bawa Anak ke Klinik

Setiap ibu bapa pasti akan risau dan bimbang setiap kali anak jatuh sakit. Tak mengira sama ada demam selsema biasa-biasa mahupun sakit yang lebih teruk, ibu bapa pasti akan susah hati dan tak tenteram melihat akan sakit kerana risau.Lepas Sejam Baru Reply Lepas ‘Seen’ Mesej, Cikgu Terkejut Dapat Tahu Ibu Sedang Korek Duit Untuk Bawa Anak ke Klinik

Seorang cikgu yang dikenali sebagai Mohamad Yusof Sulehin berkongsikan kisah mengenai anak muridnya yang merupakan salah seorang pelajar asrama yang tidak pulang ke asrama seperti yang sepatutnya. Namun kemudian cikgu ini mendapat mesej daripada parent pelajar itu memberitahu anaknya demam.

Kebetulan minggu ni budak asrama saya pulang bermalam dan hari ni sepatutnya mereka kena pulang ke asrama tapi ada parent budak asrama mesej saya, ‘cikgu, anak saya demam.’ Saya balas bagitau prosedur supaya kalau boleh anaknya dapatkan rawatan dan dapatkan surat MC.

Lama dia seen mesej saya. Sejam lepas tu parent tu mesej saya semula. ‘Cikgu, boleh tak saya tulis surat rasmi je cikgu sebab gaji saya lambat lagi.. Saya cuba korek sana sini, tapi tinggal cukup nak makan je cikgu’. ??

Bila dapat mesej macam tu terus saya rasa bersalah. Kebetulan saya baru gaji, terus saya mesej untuk minta akaun untuk dia hantar anaknya ke klinik.

Lepas Sejam Baru Reply Lepas ‘Seen’ Mesej, Cikgu Terkejut Dapat Tahu Ibu Sedang Korek Duit Untuk Bawa Anak ke Klinik

Dia balas ‘Terima kasih banyak cikgu, malu sebenarnya nak cerita kat cikgu tapi sebab nak bagi anak sihat je ni. Nanti dah gaji cikgu bagi nombor akaun cikgu ya, saya bayar..’. Saya jawab tak apa puan, moga anak puan cepat sembuh

Itulah.. Saya selalu pesan kat budak-budak sekolah saya supaya ingatlah jasa mak ayah dorang. Belajarlah sungguh-sungguh. Janganlah buat benda pelik-pelik yang boleh malukan mak ayah dorang.

Kalaulah anak-anak ni tau macamana susahnya mak ayah dorang cari duit, rasanya takde yang akan keluarkan konten pelik-pelik contohnya dapat 9G dalam SPM pun bangga nak viral satu Malaysia. Pada saya, kegagalan bukanlah sesuatu untuk dibanggakan.

Menurut cikgu ini lagi, dia menyarankan agar anak-anak membalas jasa ibu bapa dengan sesuatu yang betul-betul ‘membanggakan’ mereka.

Lepas Sejam Baru Reply Lepas ‘Seen’ Mesej, Cikgu Terkejut Dapat Tahu Ibu Sedang Korek Duit Untuk Bawa Anak ke Klinik

Membanggakan ibubapa maksudnya kita bahagiakanlah kedua ibubapa kita dunia akhirat. Bahagiakan perasaan mereka. Bahagiakan kehidupan mereka sebaik mungkin bila kita sebagai anak dah ada sedikit kemampuan. Saya rasa pesanan ni relevan untuk semua anak-anak kita.

Kadang-kadang mereka nampak senang je mak ayah hulur duit kat mereka setiap hari, tapi dalam sedar tak sedar mereka tak tahu macam mana peritnya mak ayah kerja pagi sampai malam nak dapatkan sesuap nasi tu, hanya Tuhan yang tahu,

Tambah cikgu ini lagi, dia menulis bukanlah mahu beritahu yang dia ni orang baik, selalu tolong orang. Bukan.

“Saya hanya insan yang banyak dosa cuma saya ingin berkongsi pesan arwah mak saya ‘kalau kita jaga anak orang baik-baik, nanti satu hari nanti orang akan jaga anak kita baik-baik..’. Pesan mak saya ni saya ni saya pegang betul-betul..”

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan isi-isi yang bermakna dan menginspirasikan yang disampaikan oleh cikgu ini.

Kredit: Muhammad Yusof

Facebook Comments Box