Letak Garam Pada Syampu, Wanita Kongsi Petua Pelik Tapi Berkesan Untuk Atasi Rambut Gugur Dan Kelemumur

Masalah rambut gugur sering menghantui golongan wanita. Tak kira lah berambut pendek ataupun panjang, masalah sebegini ibarat mimpi ngeri. Dah banyak duit dihabiskan namun masih tiada kesan yang dapat dilihat.nangtime.com - Letak Garam Pada Syampu, Wanita Kongsi Petua Pelik Tapi Berkesan Untuk Atasi Rambut Gugur Dan Kelemumur

Oleh disebabkan masalah ini, pelbagai produk mula muncul dipasaran ibarat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Bagi yang tidak mempunyai masalah kewangan, ianya hanya pelaburan kecil untuk kecantikan peribadi.

Namun, sebenarnya kita masih berjimat melalui petua orang dulu-dulu. Bukan setakat berjimat malah kesannya jauh lebih baik daripada produk yang ada di pasaran. Di bawah adalah perkongsian petua dari gadis bernama Syakila Rahim.

GUNAKAN GARAM

nangtime.com - Letak Garam Pada Syampu, Wanita Kongsi Petua Pelik Tapi Berkesan Untuk Atasi Rambut Gugur Dan Kelemumur

Ada orang beri petua, nak rambut kuat, lebat dan tak mudah luruh, sebelum bersyampu campur dulu syampu dengan garam. Ataupun basah dulu rambut dengan air garam kemudian barulah bersyampu.

Masuk kali ini, cubaan kali ketiga. Bila campur syampu dengan garam, syampu akan kurang buih jadi jangan asyik tambah syampu.

Lepas guna petua ini, alhamdulilah rambut jadi lembut, kepala pun tak gatal dan jadi ringan. Boleh amalkan dua atau tiga kali seminggu.

nangtime.com - Letak Garam Pada Syampu, Wanita Kongsi Petua Pelik Tapi Berkesan Untuk Atasi Rambut Gugur Dan Kelemumur

KELEBIHAN GARAM

1. Nyahkan kelemumur

Kelemumur merupakan bakteria, jika rambut penuh dengan kelemumur cara paling mudah untuk bersihkannya adalah dengan air garam. Garam boleh membunuh bakteria dan menyegarkan kulit kepala.

2. Rambut nampak lebih segar

Ya air garam boleh bantu masalah kulit kepala berminyak serta kotoran lain juga. Jika semua masalah ini diatasi maka rambut pun akan jadi lebih segar dan berkilau.

nangtime.com - Letak Garam Pada Syampu, Wanita Kongsi Petua Pelik Tapi Berkesan Untuk Atasi Rambut Gugur Dan Kelemumur

3. Halang rambut gugur

Air garam boleh menyebabkan liang roma pada kulit kepala tertutup rapat seterusnya menghalang dari berlakunya keguguran rambut.

Keseluruhannya, bagi wanita yang mengalami keguguran rambut yang teruk, anda dinasihatkan untuk mencuba kaedah ini berulang kali. Sekiranya masih lagi sama keadaannya ataupun semakin teruk, lebih baik berjumpa dengan pakar supaya ianya tidak mendatangkan kemudaratan.

Kredit: Syakila Rahim

Facebook Comments Box