Wanita Letak Spender Dalam Periuk, Kononnya Dapat Lariskan Perniagaan

Dalam perniagaan, macam-macam cara yang digunakan oleh orang untuk melariskan jualan mereka semata-mata untuk mendapatkan keuntungan hingga berlipat ganda. Sebenarnya memang tak salah jika berusaha untuk melariskan kedai atau jualan, tapi biarlah dengan cara yang elok dan bukan dengan cara jijik dan tak mengikut undang-undang.nangtime.com - Wanita Letak Spender Dalam Periuk, Kononnya Dapat Lariskan Perniagaan

Tular baru-baru ini seorang pengusaha warung makanan menggunakan cara jijik untuk mendapatkan pelanggan. Menerusi klip video seorang YouTuber Paranormal Indonesia bernama Roy Kiyoshi, dia telah menemui seluar dalam wanita atau lebih mesra digelar spender berwarna merah jambu di dalam periuk sup kuah bakso.

nangtime.com - Wanita Letak Spender Dalam Periuk, Kononnya Dapat Lariskan Perniagaan

Berdasarkan video tersebut, Roy telah meminta pengusaha warung berkenaan yang dikenali sebagai Siti untuk membuka penutup periuk bakso kerana Roy curiga dengan isi kandungannya. Sangkaannya itu ternyata benar apabila dibuka, terdapat sehelai spender di dalamnya.

nangtime.com - Wanita Letak Spender Dalam Periuk, Kononnya Dapat Lariskan Perniagaan

Pada mulanya Siti tidak mahu membuka periuk tersebut namun selepas disoal beberapa oleh Roy, Siti mengalah. Apabila Siti membuka periuk itu, Roy terkejut dan tergamam. Seterusnya, Siti mengaku yang dia telah mengamalkan amalan keji tersebut bagi tujuan melariskan perniagaan baksonya sejak 10 tahun lalu.

nangtime.com - Wanita Letak Spender Dalam Periuk, Kononnya Dapat Lariskan Perniagaan

Difahamkan, Roy datang ke warung bakso itu setelah dijemput dari pemilik warung itu sendiri yang mengeluh beberapa ahli keluarganya meninggal dunia dengan tragis setiap 12 hari bulan.

Selain itu, wanita berkenaan juga meminta Roy untuk membantu perniagaannya menjadi lebih laris.

VIDEO:

Alahai, banyak lagi cara boleh buat untuk lariskan perniagaan, tak perlulah buat benda-benda macam ni. Berhentilah, dan berniagalah dengan jujur dan ikhlas, pastikan kualiti produk sentiasa maintain dan berkualiti, pelanggan mesti akan datang sendiri.

Kredit: Koolfm

Facebook Comments Box