Lufya Dan Suami Sah Bercerai Talak Satu

Kemelut rumah tangga penyanyi Lufya Omar dan Dr Che Hafiz akhirnya menemui titik noktah selepas pasangan ini bercerai talak satu pada 17 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.nangtime.com - Lufya Dan Suami Sah Bercerai Talak Satu

Dr Che Hafiz atau nama sebenarnya Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum berharap selepas pendedahan ini, dia tidak dikaitkan lagi dengan penyanyi itu memandangkan mereka bukan lagi pasangan suami isteri.

Menurut Dr Che Hafiz, tujuan dia berkongsi perkara itu supaya tiada lagi berlaku salah faham atau pra sangka buruk terhadap dirinya berhubung isu berkaitan rumah tangga mereka.

nangtime.com - Lufya Dan Suami Sah Bercerai Talak Satu

Dr Che Hafiz sentiasa mahu yang terbaik untuk anaknya.

“Sebenarnya, saya dan Lufya sudah sah bercerai pada 17 Jun lalu di hadapan hakim di mahkamah. Saya berharap sangat selepas ini tiada lagi pihak yang cuba mengaitkan saya dengan dia sebab kami bukan suami isteri lagi.

“Saya beritahu perkara ini sebab tak ada lagi timbul salah faham antara mana-mana pihak atau berlaku pra sangka buruk terhadap saya. Apa-apa saya minta maaf dan harap semua pihak memahami,” kata Dr Che Hafiz kepada mStar.

nangtime.com - Lufya Dan Suami Sah Bercerai Talak Satu

Dr Che Hafiz mendedahkan perkara itu selepas Lufya memuat naik status menyentuh tanggungjawab seorang suami terhadap anak di Instagram miliknya pada Isnin.

Soal anak, saya tetap sentiasa berusaha untuk jalankan tanggungjawab sebaik yang mungkin
DR CHE HAFIZ

Sebelum ini, Lufya pernah mendakwa bekas suaminya sudah hampir setahun tidak menjenguk anak mereka iaitu Laana Haura namun Dr Che Hafiz enggan mengulas perkara itu kerana isu itu terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

nangtime.com - Lufya Dan Suami Sah Bercerai Talak Satu
Lufya Dan Suami Sah Cerai

Dalam pada itu, Dr Che Hafiz berjanji untuk berusaha sebaik mungkin menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa walaupun mendapat pelbagai halangan.

“Soal anak, saya tetap sentiasa berusaha untuk jalankan tanggungjawab sebaik yang mungkin dan berharap ia tidak dihalang oleh Lufya,” ujarnya.

Dr Che Hafiz dan Lufya mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya perempuan, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun. – mStar

Facebook Comments Box