Lumpuh Selepas Kemalangan, Wanita Tetap Bersemangat Dan Cekal Berkerusi Roda, Mampu Hantar Ibu Pergi Umrah

RAKAMAN memaparkan seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) mengemudi kerusi roda yang disambung dengan motor khas di atas jalan raya mengundang perhatian ramai netizen.Lumpuh Selepas Kemalangan, Wanita Tetap Bersemangat Dan Cekal Berkerusi Roda , Mampu Hantar Ibu Pergi Umrah

Menurut Nurul Aunie Wajihah Zaid, 31, video itu dirakam ketika dia bergerak dari kediamannya di Merlimau, Melaka, ke tempat kerja yang mengambil masa selama 10 minit perjalanan sahaja.

Mesra disapa Aunie, wanita kelahiran Machang, Kelantan itu sempat memperincikan semula kisah hidupnya ketika dihubungi.

“Saya kemalangan pada April 2014. Ketika itu berlaku kematian atuk belah suami di Muar, Johor. Kami kemalangan ketika dalam perjalanan balik ke Melaka.

Lumpuh Selepas Kemalangan, Wanita Tetap Bersemangat Dan Cekal Berkerusi Roda , Mampu Hantar Ibu Pergi Umrah

“Dalam pukul 11 malam, tiba-tiba hilang kawalan. Ada yang kata tayar pancit, ada juga yang kata kawasan tu memang ‘keras’ dan sudah banyak berlaku kemalangan sebelum ini.

Perjalanan dari rumah ke tempat kerja mengambil masa 10 minit sahaja.

“Ketika sedar, saya dah tercampak keluar. Saya sedar pun sebab suami panggil nama, dia sangkakan saya terhempap bawah kereta.

Lumpuh Selepas Kemalangan, Wanita Tetap Bersemangat Dan Cekal Berkerusi Roda , Mampu Hantar Ibu Pergi Umrah

“Masa tu tak rasa apa-apa di paha dan belakang rasa sakit. Masuk hospital, doktor sahkan tulang belakang patah ada kecederaan saraf tunjang sehingga saya lumpuh separuh badan,” ujarnya.

Menurut Aunie, kejadian itu berlaku ketika dia masih lagi bergelar penuntut bidang Dakwah dan Pengurusan Islam di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim).

Biarpun terpaksa berkerusi roda, dia tetap bersemangat untuk menyesuaikan diri sebagai OKU sehingga berjaya menamatkan pengajian.

“Selepas kejadian itu, doktor ada tanya apa yang saya mahukan. Saya kata saya nak teruskan pengajian sebab berbaki hanya setahun lagi.

“Keluarga kata tak perlu teruskan, sebab mereka risaukan saya. Tapi atas sokongan keluarga, suami, pensyarah dan kawan-kawan, saya konvo juga akhirnya.

Lumpuh Selepas Kemalangan, Wanita Tetap Bersemangat Dan Cekal Berkerusi Roda , Mampu Hantar Ibu Pergi Umrah

Aunie dan suami terlibat kemalangan pada April 2014.

“Dengan sokongan mereka semua pada waktu itu, saya rasa hidup ini sama sahaja walaupun saya dah lumpuh,” ujarnya lagi.

Bercerita mengenai dirinya, Aunie berkata dia merupakan seorang usahawan dan kini menjadi stokis pewangi jenama De’Xandra.

Ceritanya lagi, kerusi roda dengan motor khas itu dihadiahkan oleh suami, Muhammad Rabani Mohd Samson, 29, bagi memudahkan pergerakannya.

“Ofis dengan rumah hanya 10 minit perjalanan. Biasanya suami yang hantar, tapi kadang-kadang dia pun sibuk.

“Lama-lama saya tengok ada seorang kawan OKU, dia beli kerusi roda yang boleh disambung dengan motor tu. Jadi suami buat kejutan dan beri hadiah kepada saya.

Lumpuh Selepas Kemalangan, Wanita Tetap Bersemangat Dan Cekal Berkerusi Roda , Mampu Hantar Ibu Pergi Umrah

Aunie bersyukur dengan sokongan suami, keluarga, rakan-rakan dan pensyarah.

“Ia memudahkan pergerakan saya. Kalau nak guna, boleh sambung bahagian motor di depan. Bila dah sampai ofis, kita boleh buka motor itu,” ujarnya.

Kata Aunie, dia tidak pernah putus semangat dengan apa yang berlaku, malah komited untuk menjadi usahawan berjaya.

Dalam keadaan begitu, Aunie tetap bekerja keras sehingga mampu menghantar ibunya mengerjakan umrah dengan duit hasil jualan pewangi.

Aunie juga berterima kasih dengan netizen yang banyak memberi sokongan dan doa menerusi media sosial.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Selain pewangi, Aunie juga berniaga kelengkapan mencuci jenama Norwex manakala suaminya pula merupakan seorang pembekal bahan bantuan mengajar sekolah.

Sumber: mStar

Facebook Comments Box