Lupakan Saja Hasrat Nak Curi Balik Kampung – POLIS

IPOH: Orang ramai yang ingin mencuba nasib merentas negeri tanpa kebenaran terutama ke arah negeri-negeri di Pantai Timur diingatkan supaya melupakan hasrat mereka itu kerana polis Perak akan mengetatkan kawalan di laluan berkenaan menjelang sambutan Aidilfitri.Lupakan Saja Hasrat Nak Curi Balik Kampung - POLIS

Ketua Polis Perak Encik Mior Faridalathrash Wahid berkata pemeriksaan lebih ketat kini dikuatkuasakan di semua sekatan jalan raya (SJR) kerana ramai dipercayai tetap berdegil mahu bergegas pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut Lebaran.

“Sempadan antara Perak dan Pahang terutamanya di Jalan Cameron Highlands di sini adalah laluan utama mereka untuk melakukan perjalanan pulang ke Kelantan dan Pahang.

“Jadi, pemeriksaan dibuat dengan lebih ketat,” katanya semasa sidang media Program Singgah Sahur Ketua Polis Perak ke Daerah Ipoh di SJR berkenaan awal pagi ini (30 Apr).

Beliau berkata orang ramai diingatkan supaya jangan melanggar larangan yang dikenakan termasuk cuba memalsukan surat kebenaran rentas negeri kerana polis tidak akan teragak-agak mengenakan kompaun serta mengarahkan mereka berpatah balik.

Menurutnya lagi, polis Perak telah mengeluarkan 120 kompaun atas pelbagai kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sejak 1 April hingga Rabu lalu dengan kadar pematuhan sebanyak 96 peratus.

Lupakan Saja Hasrat Nak Curi Balik Kampung - POLIS

Bagaimanapun, bagi yang pulang ke kampung di dalam negeri selepas diberi kebenaran merentas daerah, mereka digalakkan supaya memaklumkan bilik gerakan daerah untuk pemantauan menerusi sistem aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang membolehkan polis bersiap siaga termasuk rondaan bagi mencegah jenayah di kawasan berkenaan, katanya.

Awal dari itu, seramai 100 petugas barisan hadapan menerima sumbangan biskut raya daripada Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP) yang mengikuti program berkenaan di SJR Jelapang, Ampang, Plaza Tol Simpang Pulai dan Jalan Cameron Highlands serta beberapa balai polis.

Presiden PPMP Sayed Hesham Idris berkata program yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan merapatkan hubungan antara pengamal media bersama pihak polis yang saling memerlukan kerjasama dalam melaporkan berita mengenai kejayaan polis dan jenayah.

BERNAMA

Facebook Comments Box