Kalau dah jodoh tak kemana, biarpun usia jauh berbeza, kalau dah jodoh tetap akan bersama juga. Baru-baru ini seorang pemuda menjadi tular berita dia yang berusia 29 tahun mengahwini wanita berusia 76 tahun iaitu 47 tahun lebih tua daripadanya.
Di awal perkenalan, Jamhar Ali Nursyahid, 29 dan Yainem, 76 bertemu di pasar dan keduanya kemudian merasa serasi bersama dan memutuskan untuk bernikah.
Jamhar Ali Nursyahid mengakuinya meskipun usia mereka jauh berbeza namun hatinya sudah terpaut kepada Yainem yang sudah menjanda sejak 2 tahun lalu selepas suaminya meninggal dunia.
“Pas ketemu, saya tanya mau ga. Kalau mau langsung nikah,” kata Jamhar.
Jamhar Ali Nursyahid pula merupakan seorang duda sejak 4 tahun lalu dan kedua-dua pasangan ini tidak mempunyai anak hasil dari perkahwinan yang lalu.
Mereka melangsungkan akad nikah di rumah pengantin perempuan pada Jumaat (27 November) di Desa Dusun Bandungan.
Di majlis perkahwinan mereka yang dihadiri oleh ahli keluarga dan jiran terdekat, Yainem menerima mas kahwin sebanyak 200 ribu rupiah (RM57.830) dari Jamhar Ali Nursyahid.
“Ya seperti cucu dan neneknya. Namun ini sudah menjadi jodoh,” kata KUA Slahung, Tajul Mujahidin yang menjadi wali mempelai wanita itu.
Menurut suarajatim.id, Tajul juga memberitahu perkahwinan Jamhar dan Yainem tidak ada paksaan dari semua pihak. Menurut agama, pernikahan seperti ini boleh saja. Yang penting dalam rangka menjalani kehidupan tetap sesuai dengan syariat.