Mahu Buktikan Dirinya Punya Mulut Terbesar Di Dunia, Wanita Cuba Makan Kesemua Kentang McD Sekali Telan

Seorang wanita dikenali sebagai Samantha Ramsdell sempat menjadi tular selepas mendakwa dirinya mempunyai ukuran mulut terbesar di dunia. Dia menyatakan bahawa mulutnya jika dalam keadaan ternganga akan berukuran kira-kira empat inci apabila dibuka luas mengatasi pemilik rekod dunia iaitu 3.75 inci.Mahu Buktikan Dirinya Punya Mulut Terbesar Di Dunia, Wanita Cuba Makan Kesemua Kentang McD Sekali Telan

Baru-baru ini , Samantha cuba menarik perhatian dan menunjukkan kemampuannya dengan memakan kentang goreng McDonalds ukuran besar dalam sekali telan.

Salah satu video yang viral adalah aksi Samantha ketika diminta makan kentang goreng McDonalds ukuran besar dalam sekali telan. Video tersebut kini telah ditonton lebih juta kali.

“Bolehkah aku makan kentang goreng besar ini dalam sekali telan? Mari “kita lihat” katanya.

Mahu Buktikan Dirinya Punya Mulut Terbesar Di Dunia, Wanita Cuba Makan Kesemua Kentang McD Sekali Telan

Samantha kemudian dilihat memasukkan kentang goreng satu per satu ke dalam mulutnya hingga habis. Setelah semua kentang goreng dimasukkan, barulah dia cuba memakannya.

Agak menakjubkan juga apabila dia berjaya melakukannya iaitu makan kesemua kentang goreng yang disumbatkan ke dalam mulutnya.

Mahu Buktikan Dirinya Punya Mulut Terbesar Di Dunia, Wanita Cuba Makan Kesemua Kentang McD Sekali Telan

“Aku hanya boleh memasukkan lima kentang saja di dalam mulutku,” komen seorang netizen.

Anda dinasihatkan agar jangan sesekali tidak meniru aksi Samantha Ramsdell memakan kesemua kentang ini sekali telan.

VIDEO:

Tidak dinafikan ukuran mulut Samantha Ramsdell adalah sangat lebar namun belum ada rekod rasmi yang mengesahkan dirinya ukuran mulutnya adalah yang terbesar di dunia.

Facebook Comments Box