Seorang wanita mendapat kejutan besar apabila mahu mengeluarkan wang simpanannya di sebuat ATM. Wanita yang dikenali sebagai Julia Yonowski pada mulanya pergi ke ATM untuk mengeluarkan wang simpanannya sebanyak AS$20 (RM83) namun tidak berjaya.
Oleh itu dia pun memeriksa baki duit dalam akaunnya dan terkejut besar apabila melihat jumlah baki yang terpapar.
Hampir terbeliak mata mata wanita ini apabila melihat baki dalam akaun banknya adala sebanyak AS$999,985,855.94 (RM4,164,517,002.19) sekali gus menjadikannya bilionaire dalam sekelip mata!
Dengan wang sebanyak RM4.1 Bilion lebih dalam akaunnya, wanita ini sekaligus menjadi individu ke-615 paling kaya di Amerika Syarikat.
Walaupun rambang mata melihat jumlah duit sebanyak itu dalam akaun, wanita ini sedar bahawa itu bukan duit miliknya dan kemungkinan kesilapan pihak bank. Julia Julia Yonowski juga masih waras dan tidak berniat untuk mengambil atau menggunakannya untuk tujuan peribadi.
Julia Yonowski kemudian cuba menghubungi bank Chase untuk memaklumkan perkara tersebut.
Pihak bank kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa duit sebanyak RM4.1b itu sebenarnya negative balance. Pihak Bank menjelaskan akaun bank Julia Yonowski menunjukkan baki negatif yang melampau kerana sistem pencegahan penipuan telah diaktifkan dan membekukan akaun tersebut.
Puncanya adalah disebabkan mendiang suami Julia Yonowski merupakan pemilik bersama untuk akaun tersebut. Pihak Bank memberitahu ada beberapa dokumen yang perlu disempurnakan untuk mengelakkan akaun bersama (joint account) dibeku.
Julia Yonowski kemudian berharap pengalamnnya boleh memberi pengajaran dan pedoman buat pengguna-pengguna yang lain.
Kredit: Metro