“Makcik Taknak Menantu Kerja Kilang, Nanti Cucu Takde Pelajaran” – DlHlNA Ibu Bekas Kekasih, Gadis Sedih Tapi Sudah ‘Move On’

“Makcik Taknak Menantu Kerja Kilang, Nanti Cucu Takde Pelajaran” – DlHlNA Ibu Bekas Kekasih, Gadis Sedih Tapi Sudah ‘Move On’“Makcik Taknak Menantu Kerja Kilang, Nanti Cucu Takde Pelajaran” - DlHlNA Ibu Bekas Kekasih, Gadis Sedih Tapi Sudah ‘Move On'Tidak dinafikan zaman sekarang ini masih ada lagi orang yang memandang pekerjaan seseorang itu untuk diterima sebagai menantu. Dan itulah situasi yang dialami oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Faten Syazwani.

Menghitung hari untuk bergelar isteri, seorang gadis meluahkan rasa syukur apabila masih ada insan yang sudi menerima dirinya setelah melalui pengalaman diHlNA oleh keluarga bekas kekasih sebelum ini.

“Makcik Taknak Menantu Kerja Kilang, Nanti Cucu Takde Pelajaran” - DlHlNA Ibu Bekas Kekasih, Gadis Sedih Tapi Sudah ‘Move On'

Menerusi perkongsian video di platform TikTok, Faten Syazwani mengakui kecewa apabila sumber rezeki sebagai pekerja kilang dipandang rendah oleh ibu bekas kekasihnya.

“Maaf la dik, makcik tak nak menantu kerja kilang. Nanti cucu makcik semua takde pelajaran,” kata ibu kepada lelaki berkenaan.

“Makcik Taknak Menantu Kerja Kilang, Nanti Cucu Takde Pelajaran” - DlHlNA Ibu Bekas Kekasih, Gadis Sedih Tapi Sudah ‘Move On'

Luka di hati siapa yang tahu, sejak berlaku peristiwa itu, Faten atau mesra disapa Ateyn mula mengambil keputusan bagi menjauhkan diri daripada lelaki tersebut.

“Aku buat dia benci aku. Aku langsung tak cerita pasal mak dia hina aku. Walau macam mana pun, aku tak nak dia benci mak dia,” katanya.“Makcik Taknak Menantu Kerja Kilang, Nanti Cucu Takde Pelajaran” - DlHlNA Ibu Bekas Kekasih, Gadis Sedih Tapi Sudah ‘Move On'Kini, gadis berusia 24 tahun itu teruja untuk mendirikan rumah tangga dipercayai bersama seorang anggota tentera yang dikenali sebagai Sahrizal selepas melangsungkan pertunangan pada November tahun lalu.

Menerusi video berdurasi 20 saat itu juga, Faten bersyukur kerana keluarga bakal suami menerima dia seadanya tanpa memandang jenis pekerjaan sebaliknya ikhlas atas dasar cinta.

VIDEO:

 

“Alhamdulillah, lagi beberapa hari aku bergelar isteri orang. Keluarga bakal suami terima aku seadanya, mak dia dah anggap aku macam anak sendiri,” ujarnya.

Sumber:  @cikfatensyazwani

Facebook Comments Box