Mata Berdenyut-denyut Secara Tiba-tiba, Ini Puncanya

Pernahkah anda mengalami situasi di mana mata anda tiba-tiba bergerak-gerak atau berdenyut-denyut? ‘Eye twitching’ atau Myokymia ini adalah kerdipan mata yang berlaku pada bahagian otot muka. Dalam bahasa melayunya ia diterjemahkan sebagai mata berkedip-kedip atau juga dipanggil mata bergerak-gerak.nangtime.com - Mata Berdenyut-denyut Secara Tiba-tiba, Ini Puncanya

Kerdipan mata ini boleh berlaku di bahagian bawah dan atas mata. Namun, tahukah anda mengapa kerdipan mata ini boleh berlaku? Mari kami kongsikan punca-punca terjadinya eye twitching ini.

1. Terlalu penat

Kekurangan tidur yang juga disebabkan oleh tekanan atau sebab-sebab lain mampu menjadi penyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu mendapatkan tidur yang cukup.

2. Stress

Reaksi tubuh badan setiap manusia adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya adalah berkaitan dengan ketegangan mata. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mengurangkan punca stress atau tekanan bagi mengelakkan daripada berlakunya eye twitching ini.

3. Kekeringan mata

Lebih daripada separuh warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah ini juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant) dan pemakai kanta sentuh.

4. Ketegangan mata

Dalam keadaan tertekan, mata akan bekerja dengan lebih kuat. Hal ini akan menyebabkan berlakunya eye twitching.

Penggunaan komputer atau telefon bimbit pada jangka masa yang lama juga boleh menjadi salah satu faktor kepada masalah ini.

5. Alergi

Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Sekiranya mata tersebut digosok, ia akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan air mata. Histamin ini boleh mengakibatkan eye twitching.

Untuk mengatasi masalah ini, ubat titis mata atau tablet antihistamin boleh digunakan untuk mengurangkan eye twitching. Walau bagaimanapun diingatkan bahawa antihistamin akan menyebabkan mata menjadi kering. Oleh itu, dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang antihistamin.

6. Kafein dan Alkohol

Sesetengah pakar berpendapat bahawa pengambilan kafein atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan berlakunya eye twitching.

Sementara itu, sesetengah masyarakat mengatakan bahawa mata berkedip ini mempunyai kaitan dengan dengan hati dan perasaan. Malah, ada juga yang cuba meramal masa depan dengan mengatakan akan terjadi sesuatu yang tidak disangka-sangka sama ada perkara itu baik atau tidak baik.

nangtime.com - Mata Berdenyut-denyut Secara Tiba-tiba, Ini Puncanya

 

Mitos

1. Kelopak mata sebelah kanan di bahagian atas

Akan berjumpa dengan orang jauh atau akan mendapat berita baik.

2. Kelopak mata sebelah kanan di bahagian bawah

Akan mendapat berita gembira.

3. Kelopak mata sebelah kiri di bahagian atas

Seseorang yang jauh atau telah lama terpisah ingin berjumpa dengan anda.

4. Kelopak mata sebelah kiri di bahagian bawah

Akan menangis kerana mendapat berita yang kurang baik/musibah.

Walau bagaimanapun, dinasihatkan agar tidak terlalu mempercayai dengan mitos orang dulu-dulu ini.

Ini ada Tathayyur. Sesiapa yang mempercayainya akan terlepas peluang menjadi salah seorang daripada 70,000 daripada umat nabi Muhammad yang akan masuk syurga tanpa hisab dan tanpa azab.

Kredt: I Am Lejen

Facebook Comments Box