Mati Akal Nak Pujuk Anak Kucing Agar Keluar Dari Enjin Kereta, Mujur Ada Si Oyen Datang Membantu

Para peminat haiwan yang dipanggil kucing mesti sedai maklum bahawa kucing ini suka bersembunyi di enjin kereta. Bahkan di Malaysia ini sahaja, sudah bayak kali kes kucing ini terperangkap dan akhirnya terpaksa memanggil pihak BOMBA atau APM untuk mengeluarkannya.facebook ALL HEBOH - Mati Akal Nak Pujuk Anak Kucing Agar Keluar Dari Enjin Kereta, Mujur Ada Si Oyen Datang Membantu - nangtime.com

Antara sebab kucing suka bersembunyi di enjin kereta adalah kerana mereka mahu rasa lebih panas terutamanya jika cuaca sejuk selain mereka juga merasa lebih selamat dan tidak diganggu.

Walaubagaimanapun, tempat itu kadangkala boleh membahayakan mereka dan mendatangkan kecederaan, lebih-lebih lagi jika kehadiran mereka tidak disedari oleh pemilik kenderaan yang mahu menggunakan kenderaan.facebook ALL HEBOH - Mati Akal Nak Pujuk Anak Kucing Agar Keluar Dari Enjin Kereta, Mujur Ada Si Oyen Datang Membantu - nangtime.com

Seorang penduduk di negara Jepun mengalami keadaan yang sama apabila seekor anak kucing bersembunyi di dalam bahagian enjin keretanya.

Kehadiran kucing itu disedarinya apabila mahu menggunakan keretanya dan dia pun cuba untuk mengeluarkan anak kucing itu. Namun begitu, anak kucing itu berdegil tidak mahu berganjak dan terus bersembunyi jauh dari jangkauan.facebook ALL HEBOH - Mati Akal Nak Pujuk Anak Kucing Agar Keluar Dari Enjin Kereta, Mujur Ada Si Oyen Datang Membantu - nangtime.com

Kucing itu terus berdegil tidak mahu keluar malah jiran-jiran turut datang untuk membantu namun usaha demi usaha mereka gagal.

Akhirnya salah seorang jiran memberikan cadangan agar menggunakan kucing peliharaannya untuk memujuk anak kucing tersebut. Dia pun mengambil kucing Oyen miliknya ke kereta dan si Oyen pun menjalankan ‘tugasnya’ dengan memanggil anak kucing tersebut.facebook ALL HEBOH - Mati Akal Nak Pujuk Anak Kucing Agar Keluar Dari Enjin Kereta, Mujur Ada Si Oyen Datang Membantu - nangtime.com

Entah apa yang diberitahu oleh si Oyen kepada anak kucing itu, apabila kemudiannya anak kucing itu pun berminat untuk keluar dan akhirnya dia pun berjaya dikeluarkan dari enjin kereta dengan selamat.facebook ALL HEBOH - Mati Akal Nak Pujuk Anak Kucing Agar Keluar Dari Enjin Kereta, Mujur Ada Si Oyen Datang Membantu - nangtime.com

Ternyata kucing Oyen ini memang luar biasa meskipun sering dikaitkan dengan ‘kenakalannya’. Pemilik kereta itu pula sudah boleh menggunakan keretanya dengan senang hati.

Facebook Comments Box