Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mesti akan ada keinginan untuk memiliki anak sendiri. Walaubagaimana pun tidak semua orang yang kahwin-kahwin terus ada anak, ada yang menunggu bertahun-tahun dan ada juga yang ditakdirkan tidak dapat melahirkan anak disebabkan masalah-masalah tertentu.
Oleh itu, soalan bila nak dapat anak kepada wanita yang sudah berkahwin boleh menimbulkan kesan emosi yang mendalam kepada mereka, lebih-lebih lagi jika sudah lama kahwin tapi belum ada rezeki mempunyai anak sendiri.
Ini terjadi kepada seorang pengguna aplikasi TikTok yang berkongsi kisah sebak mengenai dirinya apabila sering ditanya soalan mengenai cahaya mata.
Menerusi akaun TikTok miliknya @schapyqa, dia berkongsi kisah mengenai dirinya yang belum memiliki cahaya mata meskipun sudah memasuki tahun kedua perkahwinan.
Scha berkata, walaupun kesemua soalan itu agak perit untuk dihadam namun menjawab dengan nada gurauan untuk mengubat hati yang luka.
Wanita berusia 26 tahun itu turut berkongsi dia sebelum ini pernah menjalani pembedahan membuang cyst sebelum mengetahui dirinya hanya mempunyai satu buah pinggang beserta dua rahim.
“Sebelum berkahwin doktor sahkan saya ada cyst, pembedahan selamat dijalankan. Masa keputusan CT scan keluar, baru saya tahu rupanya selama ni saya hanya ada satu buah pinggang.
“Selepas pembedahan pula, doktor bagitahu saya ada rahim yang unik. Rahim saya bukan satu tapi ada dua,” tulisnya dalam video tersebut.
VIDEO:
Perkongsian video berdurasi 51 saat itu dibanjiri komen daripada warganet yang memberi kata-kata semangat kepada wanita berkenaan selain turut berkongsi pengalaman sama.
Sabar dan abaikan kata2 orang
Tak ada anak tak bermakna perkahwinan tamat
Tiada yang mustahil, Allah pasti tolong
Perkahwinan dua tahun masih boleh dikira masih baru dan ada lagi orang yang menunggu lagi lama untuk mendapatkan anak hingga berbelas dan berpuluh tahun menunggu. Semoga wanita ini tabah, jangan berhenti berdoa dan jangan mudah putus harapan untuk mempunyai anak suatu hari nanti.
Sumber: TikTok @schapyqa