“Minta Datang Lewat 15 Minit Kerana Satu Hal, Lelaki Berhenti Kerja Selepas 10 Tahun Kerana Kecewa Dirinya Masih Dilabelkan ‘Lewat’

Di dunia ini bukan senang mencari orang atau pekerja yang betul-betul berdedeikasi dan mencurahkan seluruh tenaga dan baktinya demi membantu majikan atau syarikat tempat dia bekerja.“Minta Datang Lewat 15 Minit Kerana Satu Hal, Lelaki Berhenti Kerja Selepas 10 Tahun Kerana Kecewa Dirinya Masih Dilabelkan ‘Lewat’

Selalu dengar orang kata, biar sebagus mana dan selama manapun anda buat kerja, nanti bila letak jawatan, sekejap saja majikan boleh carikan orang baru untuk menggantikan tempat anda. Segala usaha dan dedikasi anda selama ini kepada syarikat atau tempat kerja tersebut juga besar kemungkinan akan dilupakan begitu saja dan seakan tidak dihargai.

Baru-baru ini tular mengenai seorang pekerja syarikat penerbangan yang sudah bekerja selama 10 tahun membuat satu pengumuman mengejutkan untuk berhenti kerja gara-gara satu insiden yang tidak dijangka.

Menurut laporan Daily Star, meskipun sudah bekerja di situ selama 10 tahun, Lelaki yang dikenali sebagai Gregory Watkins membuat keputusan untuk berhenti kerja kerana kecewa selepas dilabel ‘lewat ke tempat kerja selama 15 minit’.“Minta Datang Lewat 15 Minit Kerana Satu Hal, Lelaki Berhenti Kerja Selepas 10 Tahun Kerana Kecewa Dirinya Masih Dilabelkan ‘Lewat’Ini kerana dia merasakan segala usaha dan tenaganya untuk membantu syarikat selama 10 tahun seolah-olah tidak dihargai meskipun dia sudah meminta untuk lambat datang selama 15 minit kerana terlibat dalam satu kejadian.

Ketika dia membuat pengumuman tersebut, seseorang telah mengambil video dan memuat naik vide tersebut ke media sosial. Dalam video tersebut, Gregory Watkins dilihat berdiri di hadapan kaunter yang tertera logo syarikat penerbangan itu sebelum membuat pengumuman.

“Hai semua, nama saya Gregory Watkins, dan saya telah bersama dengan syarikat ini selama 10 tahun, bulan depan menjadikannya tahun ke-10,” katanya sambil rakan-rakan sepejabatnya  memberikan tepukan.

“Jadi minggu lalu, saya mengalami kejadian dengan datang lewat selama 15 minit.

“Saya minta selama 15 minit, mereka katakan tidak. Saya beri mereka 10 tahun kehidupan saya, kenapa mereka tak boleh berikan saya 15 minit?

“Jadi saya di sini untuk mengumumkan bahawa saya mahu berhenti, dan lebih baik saya periksa bonus juga,”“Minta Datang Lewat 15 Minit Kerana Satu Hal, Lelaki Berhenti Kerja Selepas 10 Tahun Kerana Kecewa Dirinya Masih Dilabelkan ‘Lewat’

Perkongsian video tersebut menjadi tular dengan pantas, dan salah seorang netizen memintanya agar tidak membuat keputusan tergesa-gesa. Ada juga yang berpandangan ada isu lain yang membuatkan Gregory Watkins bertindak sedemikian selain daripada ‘lewat 15 minit’

Netizen menyarankannya agar jangan berhenti, sebaliknya biarkan syarikat itu memecatnya agar lelaki itu boleh mendapat bonus dan dan faedah (pengangguran).

VIDEO:

Lagi komen netizen mengingatkannya bahawa dia sudah bekerja disitu selama 10 tahun, dan syarikat itu mungkin memberikan gaji yang tidak setimpal. Netizen mengingatkannya agar perjuangkan hak dia yang mungkin dia sepatutnya peroleh.

Sumber: Daily Star

Facebook Comments Box