Monyet Kembali Sejauh 22 km Balas Dendam Kerana Dia Ditangkap Gara-gara Penduduk Kampung Buat Aduan

Seekor monyet telah bermaharajalela di sebuah kampung dan sering merampas buah-buahan dan makanan ringan daripada penduduk kampung.

Monyet Kembali Sejauh 22 km Balas Dendam Kerana Dia Ditangkap Gara-gara Penduduk Kampung Buat Aduan - nangtime.com
Foto Hiasan

Penduduk kampung di Kottigehara di Chikkamagalur Karnataka, India itu pada mulanya tidak ambil kisah pada kelakuan monyet itu namun kemudiannya apabila sesi persekolahan dibuka, monyet itu sering dilihat berkeliaran di sekitar kawasan sekolah.

Kehadiran monyet di sekitar kawasan sekolah telah membuatkan anak-anak penduduk kampung ketakutan dan akhirnya penduduk kampung membuat keputusan untuk membuat aduan dan melaporkan monyet itu kepada jabatan perhutanan.

Sebelum itu juga, seorang lelaki yang dikenali sebaga Jagadish yang bekerja sebagai pemandu auto telah menjadi mangsa monyet tersebut yang menyerang dan menggigitnya.

“Saya sangat takut. Monyet gila itu mengekori saya ke mana-mana. Saya digigit dengan kuat hingga doktor jangkakan ia akan mengambil masa paling cepat sebulan untuk sembuh. Saya sampai tak boleh memandu auto yang menjadi punca rezeki saya. Hari itu saya tak balik sebab takut monyet tersebut ikut sampai rumah, saya ada anak kecil di rumah dan takut jika dia diapa-apakan monyet tersebut” katanya

Anggota dari jabatan perhutanan telah datang untuk menangkap monyet tersebut namun berdepan kesukaran hingga terpaksa meminta pertolongan orang awam yang berhampiran. Akhirnya selepas 3 jam, monyet itu berjaya ditangkap dengan usaha lebih 30 orang.

Monyet Kembali Sejauh 22 km Balas Dendam Kerana Dia Ditangkap Gara-gara Penduduk Kampung Buat Aduan - nangtime.com
Foto Hiasan

Monyet] itu kemudian dilepaskan di hutan Balur yang berjarak kira-kira 22km dari kampung itu agar tidak dapat menganggu mereka lagi. Penduduk kampung kemudian menjalani hidup dengan tenang seperti biasa, namun tak sampai seminggu, keadaan mula berubah semula!

Monyet itu telah kembali ke kampung mereka dan mengganggu penduduk kampung dan seakan-akan mahu membalas dendam dengan penduduk kampung yang melaporkannya kepada pihak berkuasa. Dikatakan monyet itu boleh datang semula ke kampung mereka kerana dia menaiki sebuah trak yang secara kebetulan tiba di Kampung Kottigehara.

Monyet itu bagaimanapun berjaya ditangkap semula dan dilepaskan ke tempat yang lagi jauh dalam hutan. Jagadish dan penduduk kampung berharap monyet itu tidak akan kembali semula ke kampung mereka.

Facebook Comments Box