Di dunia ini kita boleh ada ramai kawan, tetapi kawan yang sejati sangat sukar dicari dan bersyukur sangat jika sudah ada. Dalam banyak-banyak perkara atau masalah yang kita hadapi, biasanya dikalangan ahli keluarga kita lah yang paling boleh diharapkan untuk menolong kita.
Seperti yang dialami oleh lelaki ini yang ditimpa masalah apabila motosikalnya rosak di tengah jalan. Menurut lelaki ini, dia sudah cuba meminta bantuan rakan-rakannya tetapi hanya ‘blue tick’ sahaja yang dia dapat.
Akhirnya orang yang sanggup datang menolongnya ialah isterinya sendiri yang bergegas ke lokasi iaitu di perhentian bas dengan menunggang sebuah motosikal.
Dalam video yang dikongsikannya, isterinya datang terus menuju kearah suaminya sambil tersenyum dan membuatkan lelaki ini terharu dan bersyukur mempunyai isteri yang prihatin.
“Moto jem call kawan-kawan tapi bluetick. Nasib ada bini, kekasih dunia akhirat,” demikian status yang ditulis lelaki ini dalam video perkongsiannyaDari jauh lelaki ini melihat isterinya datang kearahnya dengan menunggang sebuah lagi motosikal..
Antara komen-komen netizen:
“Kawan-kawan ni kadang bila bersama time senang je bro, moga dipermudahkan segala urusan suami isteri hingga ke syurga amin” “Orang kata, walaupun kita mempunyai ramai kawan belum tentu mereka akan ada semasa kita dalam kesusahan.”
Perkongsian lelaki ini menjadi tular dan rata-rata netizen turut tumpang gembira kerana sudah ada orang yang datang menolong iaitu tidak lain dan tidak bukan isterinya sendiri.
VIDEO:
Netizen juga mendoakan agar rumahtangga suami isteri ini kekal bahagia an kedua-dua saling membantu antara satu sama lain.