Muka Kena Hempap Tablet Jatuh, Wanita Yang Juga Bekas Kekasih Pelakon Popular Terpaksa Dikejarkan ke Hospital

Siapa ada pengalaman saat tengah berbaring main handphone atau tablet, lebih-lebih lagi ketika sedang mengantuk, pernah tak handphone atau tablet yang anda pegang itu jatuh? Mesti ramai pernah kan dan sangat sakit kalau jatuh betul-betul atas muka kita.nangtime.com - Muka Kena Hempap Tablet Jatuh, Wanita Yang Juga Bekas Kekasih Pelakon Popular Terpaksa Dikejarkan ke Hospital

GARA-GARA insiden kecil yang tidak diduga, pelakon terkenal Hong Kong, Christine Kuo dikejarkan ke hospital, baru-baru ini.

Menurut laporan Today Online, bekas kekasih kepada aktor Aaron Kwok ini perlu mendapatkan rawatan kecemasan di hospital selepas wajahnya tertimpa tablet yang sedang digunakan.

Dalam temubual itu, Christine berkata matanya mengalami kecederaan dan berlaku pendarahan aklbat inslden berkenaan.

“Semasa itu saya sedang baring di katil dan main iPad, tiba-tiba rasa mengantuk dan tablet itu jatuh di muka hingga menyebabkan bahagian hujung mata berdarah.

nangtime.com - Muka Kena Hempap Tablet Jatuh, Wanita Yang Juga Bekas Kekasih Pelakon Popular Terpaksa Dikejarkan ke Hospital

“Saya terus dikejarkan ke hospital… mujurlah doktor kata itu hanya luka ringan sahaja,” katanya.

Sementara itu, suaminya William Lok memberitahu Christine seorang yang mudah mengantuk kerana memiliki masalah kesihatan.

Bahkan sebelum ini, Christine pernah mengalami sesak nafas semasa bersenam di rumah.

Dalam pada itu, berita mengenai kemalangan ini menjadi bahan jenaka netizen di laman sosial.

nangtime.com - Muka Kena Hempap Tablet Jatuh, Wanita Yang Juga Bekas Kekasih Pelakon Popular Terpaksa Dikejarkan ke Hospital

Tambahan pula, Christine baru sahaja kembali dari Kanada selepas menzlarahi keluarganya dan sedang menjalani kuarantin di sebuah hotel.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Christine mengunjungi keluarga di luar negara ketika pandemik C0vid-19.

Kredit:mStar

Facebook Comments Box