Muka Lumpuh Sebelah Kerana Selalu Tidur Dengan Rambut Basah

Kejadian buruk menimpa wanita berusia 32 tahun apabila suatu hari dia bangun dan mendapati ada yang tak kena dengan mukanya. Wanita ini yang dikenali sebagai Xiong,  bekerja di sebuah pusat membeli belah, seringkali pulang lewat ke rumah. Xiong berkata dirinya sering membasuh rambut pada waktu malam sebaik sahaja pulang dari tempat kerja.nangtime.com - Muka Lumpuh Sebelah Akibat Sering Tidur Dengan Rambut Basah

Disebabkan itu Xiong sering tertidur sebelum rambutnya sempat kering. Akibat tindakan tersebut yang kerap dilakukan, beliau mendapati yang wajah sebelahnya tidak dapat bergerak, dan didapati mulutnya juga turut bengkok ketika dia cuba memberus gigi.

Xiong yang panik bergegas ke hospital dan pemeriksaan mendapati bahawa dia menghidap lumpuh saraf muka.

Hasil pemeriksaan juga mendapati ia berkemungkinan berpunca daripada tabiat tidur dengan rambut yang basah.

nangtime.com - Muka Lumpuh Sebelah Akibat Sering Tidur Dengan Rambut Basah
Tidur dengan rambut basah

Menjelaskan perkara itu doktor tersebut berkata lumpuh tersebut mungkin disebabkan perubahan suhu badannya dan rambut basah menyebabkan wajahnya mengalami kekejangan.

Tambah doktor itu lagi, perkara ini jadi lebih cepat kerana badannya berada dalam keadaan berehat dan tenang semasa tidur.

nangtime.com - Muka Lumpuh Sebelah Akibat Sering Tidur Dengan Rambut Basah

Xiong bagaimanapun bernasih baik kerana lumpuh pada mukanya hanya berlaku buat sementara waktu.

Oleh itu, doktor tersebut meminta Xiong untuk mengeringkan rambut terlebih dahulu sebelum tidur kerana sarung bantal dan bantal yang basah akan mempercepatkan pembiakan bakteria. Ini sekaligus menyebabkan jangkitan dan tidak baik terhadap kesihatan.

Facebook Comments Box