Murid Perempuan Berpakaian Lusuh Minta Duit Untuk Beli Air RM1, Rupanya Ibunya Sudah Meninggal

Seorang ibu berkongsikan satu kisah yang dialaminya ketika menunggu anaknya di pondok sekolah. Wanita yang dikenali sebagai Tie Ruzilawati ini disapa oleh seorang murid perempuan di pndok dan murid itu minta duit untuk beli air. Tak banyak cuma sedikit sahaja katanya.Murid Perempuan Berpakaian Lusuh Minta Duit Untuk Beli Air RM1, Rupanya Ibunya Sudah Meninggal - nangtime.com

Kerana naluri keibuan yang kuat, wanita ini tak banyak cakap dan terus berikan duit kepadanya, namun beberapa minit kemudian budak itu datang semula nak pulangkan baki wang.

Bagus budak itu, bila ditanya kenapa pulangkan baki, budak itu menjawab..

“Tak apa acik, saya nak seringgit je. Pagi tadi saya bawa duit belanja RM3”, jawab budak perempuan tadi dengan jujur.

Dalam hati wanita ini terfikir, dengan duit RM3 zaman sekarang, apa je yang boleh dimakan jika bersekolah dari pagi sampai petang, tapi mungkin juga setakat itu yang keluarga budak ini mampu beri.Murid Perempuan Berpakaian Lusuh Minta Duit Untuk Beli Air RM1, Rupanya Ibunya Sudah Meninggal - nangtime.com

Budak perempuan itu kemudian duduk disebelah wanita ini dan mereka berdua pun berbual. Sembang punya sembang, barulah wanita ini tahu serba sedikit tentang latar belakang budak perempuan tersebut.

Bila ditanya sama ada dia menunggu maknya ambil, dia cakap tak, lepas tu dia beritahu ibunya dah meninggal, dan dia tinggal dengan nenek dan ayahnya. Ayahnya pula biasa bekerja cari rezeki sampai lewat malam baru balik rumah untuk sara mereka sekeluarga.

‘Mak takde, saya tinggal dengan wan dan ayah pun kerja, tengah malam baru ayah balik..”

Tidak terkata sebak dan sedih saat mendengar cerita budak itu mengenai keluarganya. Sedih membayangkan hidup anak-anak yang membesar tanpa seorang ibu.Murid Perempuan Berpakaian Lusuh Minta Duit Untuk Beli Air RM1, Rupanya Ibunya Sudah Meninggal - nangtime.com

Wanita ini juga sempat melihat penampilan budak perempuan itu, sedih tengok bajunya kotor dan lusuh manakala tapak kasut pula dah nak tercabut.

Wanita ini kemudian meminta budak perempuan itu agar menunggunya disitu pada hari esok, sebab nak berikan kasut baru. Budak perempuan itu terus memeluknya sambil bertanya sama ada betul ke nak berikan dia kasut lain, terus terkeluar air mata seorang ibu dari wanita berkenaan.Murid Perempuan Berpakaian Lusuh Minta Duit Untuk Beli Air RM1, Rupanya Ibunya Sudah Meninggal - nangtime.com

Keesokan harinya, wanita ini berjumpa semula dengan budak perempuan itu di pondok sekolah, dari jauh tengok dia senyum dan akhirnya dia pun mendapat sepasang kasut baru untuknya bersekolah.Murid Perempuan Berpakaian Lusuh Minta Duit Untuk Beli Air RM1, Rupanya Ibunya Sudah Meninggal - nangtime.com

Meskipun pemberian mungkin tidak seberapa, tapi sudah pasti begitu bermakna buat anak ini.

Sumber: Tie Ruzilawati

Facebook Comments Box