Musang Itu Sebenarnya Anjing, Zoo Kantoi Cuba Permainkan Pengunjung

Akibat terdesak selepas kematian musang, pengurusan Zoo Xiangwushan di Hubei, China menempatkan seekor anjing baka Rottweiler bagi menggantikan haiwan berkenaan.nangtime.com - Musang Itu Sebenarnya Anjing, Zoo Kantoi Cuba Permainkan Pengunjung

Daily Star melaporkan, pengurusan didakwa mengambil tindakan berkenaan kerana menyifatkan musang mempunyai persamaan dengan anjing jenis itu.

Selain itu, ia menyangka tiada pengunjung akan membuat aduan berhubung perkara itu.

Pada masa sama, pengurusan membuat keputusan itu sebagai langkah penjimatan memandangkan kos penjagaan anjing yang lebih rendah.

Ia berbanding kos yang terpaksa dikeluarkan untuk membeli musang lain. Namun, sangkaan itu meleset kerana pengunjung nampaknya tidak mudah dipermainkan.

Ia meskipun tertera perkataan ‘Musang’ pada papan tanda digantung dekat satu sudut sangkar berkenaan.

Kisah itu menjadi tular hingga menarik perhatian warganet selepas satu video dimuat naik di platform media sosial China, Baidu.

Menurut seorang lelaki dikenali Xu yang merakam video berkenaan, tiket masuk ke zoo itu dibelinya pada harga 15 Yuan (kira-kira RM9.50).

nangtime.com - Musang Itu Sebenarnya Anjing, Zoo Kantoi Cuba Permainkan Pengunjung
Musang

Pengunjung diberitahu dapat melihat harimau, singa dan haiwan lain termasuk musang. Namun, tiada musang di zoo berkenaan.

Sementara itu, pengurus zoo mengesahkan pihaknya ada memelihara musang sebelum ini tetapi sudah mati disebabkan faktor usia.

Dakwanya, sangkar itu kosong dan kebetulan tiada tempat untuk menempatkan seekor anjing baka Rottweiler. Sehubungan itu, pihak zoo mengambil keputusan meletakkannya di situ.

Berikutan isu itu, biro perhutanan tempatan memaklumkan pihaknya akan melakukan pemeriksaan di zoo berkenaan.

Facebook Comments Box