Nak Basuh Baju, Pelanggan Tergaman Melihat Ular Sawa Dalam Mesin Basuh Di Pusat Dobi Layan Diri

Seorang pelanggan yang mahu membasuh baju menggunakan pusat dobi layan diri dikejutkan dengan kehadiran seekor haiwan yang menggerunkan di dalam mesin basuh.Nak Basuh Baju, Pelanggan Tergaman Melihat Ular Sawa Dalam Mesin Basuh Di Pusat Dobi Layan Diri

Bertempat di pusat dobi layan diri di Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas, Johor, pelanggan berkenaan terperanjat apabila menemui seekor ular sawa berada di dalam mesin basuh dan segera menghubungi pemilik premis berkenaan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I, Suhaimi Mohd. Jamal, pemilik pusat dobi itu kemudiannya telah membuat panggilan kecemasan kepada Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor pada jam 9.41 pagi.Nak Basuh Baju, Pelanggan Tergaman Melihat Ular Sawa Dalam Mesin Basuh Di Pusat Dobi Layan Diri

Sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian tersebut, tiga orang anggota Bomba dari BBP Larkin dan diketuai oleh Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II, KUP Mohd. Ali Mat segera dikejarkan ke lokasi.Nak Basuh Baju, Pelanggan Tergaman Melihat Ular Sawa Dalam Mesin Basuh Di Pusat Dobi Layan Diri

Tiba di lokasi, pasukan Bomba mendapati terdapat seekor ular sawa berlingkar di dalam salah satu mesin basuh di pusat dobi layan diri itu.

Nak Basuh Baju, Pelanggan Tergaman Melihat Ular Sawa Dalam Mesin Basuh Di Pusat Dobi Layan Diri

Anggota-anggota Boma segera bertindak menangkap ular sawa yang dianggarkan berukuran enam kaki dan 20 kilogram itu dengan menggunakan peralatan penjerut. Ular itu pula tidak bertindak agresif apabila ditangkap oleh anggota Bomba.

VIDEO:

 

Meskipun hairan dan tertanya-tanya bagaimana ular itu boleh berada di kawasan itu, anggota Bomba kemudiannya membawa ular itu ke tempat yang jauh dan melepaskannya kembali ke habitat.

Facebook Comments Box