Kalau dah namanya orang dari Asia, hampir kesemua kita makan nasi setiap hari. Yalah, nasi adalah merupakan makanan ruji untuk penduduk di rantau Asia sejak berkurun lamanya hingga sekarang.
Kebiasaanya dalam sehari kita mesti akan ada makan nasi sama ada untuk sarapan, makan petang ataupun makan malam.
Tapi, tahukah anda bahawa ada juga orang yang tidak boleh makan dan menelan nasi? Tak dinafikan memang ada orang seperti ini dan baru-baru ini seorang wanita yang dikenali sebagai Farah Asyikin mendedahkan dirinya sudah 21 tahun tak makan nasi.
Berkongsikan kisahnya, Farah memberitahu sebab dia tidak makan nasi selama 21 tahun dan punca agak mengejutkan. Menurutnya, dia tidak makan nasi sejak kecil kerana apabila dia melihat nasi dia melihatnya kelihatan seakan ulat!
Tambahnya lagi, dia akan muntah jika diberi makan nasi.
VIDEO:
21 Thn Hidup Tak Pernah Makan Nasi, Akhirnya Gadis ini Perjelaskan Perkara yg Mengejutkan pic.twitter.com/f3nm8qcwlm
— Viral Malaysia (@ViralMalaysia7) June 18, 2021
Perdendahan wanita ini pantas menjadi tular kerana ianya adalah sesuatu yang agak ‘jarang’ berlaku di masyarakat kita yang rata-ratanya makan nasi hari-hari.
Untung tak payah beli beras..
Nasi je tak makan tapi pulut dia masih makan..
Menurut wanita ini, makanan lain yang berasaskan beras dia masih boleh makan asalkan tidak menyerupai nasi.
Kalau admin la, sehari tak makan nasi, badan rasa lain semacam je, haha.
Sumber: Farah Asyikin