Nampak Pakcik Tua Tidak Dikenali Di Kawasan Rumah Jiran, Bila Sedar Diperhatikan Dia Tenung Balik Dan Tidak Lari

Perkongsian seorang pengguna facebook yang dikenali sebagai Ruqaiyyah Annamirah mengenai seorang pakcik tua menjadi tular di media sosial. Menurut wanita ini, rumah jiran di hadapan rumahnya dipercayai hampir-hampir kena pukau oleh seorang pakcik tua yang tidak dikenali. Nampak Pakcik Tua Tidak Dikenali Di Kawasan Rumah Jiran, Bila Sedar Diperhatikan Dia Tenung Balik Dan Tidak Lari

Menurutnya, ada kereta proton Iswara yang dilihat berlegar-legar di kawasan rumah mereka pada jam sekitar 5.20 pagi. Wanita ini kemudian terkejut apabila melihat kelibat seorang pakcik tua yang tidak berselipar di kawasan rumah jirannya.

Tidak tahu bagaimana pakcik tua itu boleh masuk ke kawasan rumah sedangkan kawasan rumah ada pasang autogate, lagi pelik kerana jiran mereka ada memelihara seekor anjing besar untuk jaga rumah. Namun pakcik tua itu sipa boleh bermain lagi dengan anjing jiran mereka.

Kalau nak kata pakcik tu lompat pagar atau panjat pagar pun macam tak logik kerana gate sangat tinggi dan pakcik itu memakai kain. Nampak Pakcik Tua Tidak Dikenali Di Kawasan Rumah Jiran, Bila Sedar Diperhatikan Dia Tenung Balik Dan Tidak Lari

Kemudiannya pakcik tua itu menyedari dirinya diperhatikan, namun dia lari malah merenung balik dan berjalan pelahan-lahan ke belakang rumah sebelum menghilang.

Menurut wanita ini, suaminya sudah banyak kali dengar bunyi macam ada orang kuis-kuis batu kerikil tepi rumah. Kawasan rumah mereka sejak kebelakangan ini selalu balckout secara tiba-tiba dan alarm juga tiba-tiba berbunyi pada jam 4,5 pagi.

 Nampak Pakcik Tua Tidak Dikenali Di Kawasan Rumah Jiran, Bila Sedar Diperhatikan Dia Tenung Balik Dan Tidak Lari

Laporan polis telah dibuat, namun disebabkan tidak menemui sebarang motif, pakcik tua itu di didakwa kemungkinan besar orang gila. Walapun begitu, wanita ini mengakui agak sukar untuk percaya kerana baginya amat mustahil buat orang gila boleh masuk ke rumah yang dipasang Autogate. Sesuatu yang agak bermisteri. Anda boleh baca perkongsian asal Puan Ruqaiyyah Annamirah di bawah ini:

Rumah jiran depan rumah hampir kena pukau.

Seawal jam 520pagi ada proton iswara warna merah plate no PDA 2005 berlegar2 kawasan unit lot kami. Ada seorang tua bertongkat masuk kawasan rumah jiran depan. Betul2 depan rumah kami. Jiran depan rumah ni Indian and diorang ada bela anjing hitam yg besar utk jaga rumah, org tua ni boleh buka sangkar dan main dgn anjing hitam besar. Ya Allah scarry. Bila dia sedar ada org nampak, dia tak lari pun. Dia tenung dan berjalan slow2 ke belakang rumah ?

Kawasan perumahan mmg autogate. Tapi wallahu’alam macam mana dia boleh dapat masuk tanpa kopak atau pecahkan gate. Nak kata dia lompat/panjat pagar, tak berapa logik sebab pagar sgt tinggi dan dia berkain.

Dan dah banyak hari kawasan rumah kami asyik jadi blackout tiba2. Alarm akan bunyi tiba2 jam 4 5 pagi. Pagi tadi pun jadi lagi.

Husband dah banyak kali dgr bunyi org kuis2 batu kerikil tepi rumah.
Mohon doakan Allah lindungi kami sekeluarga.
HATI HATI SEMUA!!!!

Lokasi : Sungai petani, Kedah
Masa kejadian : 5am

 Nampak Pakcik Tua Tidak Dikenali Di Kawasan Rumah Jiran, Bila Sedar Diperhatikan Dia Tenung Balik Dan Tidak Lari

Dah lodge police report, regarding officer tu katanya org gila, pihak polis tak nampak motif lain. Tapi mana ada org gila masuk rumah org pukul 5pagi ???? And macam mana dia boleh masuk autogate. Misteri dan risau kan anak2 dalam rumah ni ?

UPDATE TERKINI:

Lelaki misteri yang masuk ke perkarangan sebuah rumah di Taman Cengal, Sungai Petani, Kedah, disahkan oleh pihak polis sebagai kurang waras.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, lelaki itu tidak tahu apa yang dibuat di situ malah turut berbogeI di hadapan pasukan polis.

Beliau berkata, isteri lelaki itu turut bersama ketika kejadian.

Lelaki itu juga mengalami masalah buah pinggang dan ada tiub di perutnya. Bagaimanapun tiada tindakan diambil berhubung kejadian itu,”

 

Kredit: Ruqaiyyah Annamirah

Facebook Comments Box