“Nanti Kalau Perlukan Bantuan, Derma ke, Charity Ke Pun Jangan Cari Artis Malaysia Okay..’ – Adibah Noor. Pelakon dan penyanyi, Adibah Noor menyelar tindakan seorang pengguna Twitter selapas individu terbabit memuat naik kenyataan melabelkan artis di Malaysia ini tidak berkualiti dan tiada maruah.
Menurut Adibah, sekiranya individu tersebut berfikiran sedemikian, maka tidak perlu lagilah dia berurusan dengan mana-mana golongan artis terutamnya ketika memerlukan bantuan atau derma.
“Ok. Tak usah layan lagi artis Malaysia ya.
“Nanti kalau perlukan bantuan ke, derma ke, charity ke pun jangan cari artis Malasyia okay. Babai,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu di laman Twitter miliknya.
Di ruangan komen pula, rata-rata netizen meminta Adibah supaya bersabar dan tidak mengendahkan kenyataan individu tersebut.
Terdahulu, Adibah telah membuka ruangan komen di laman Twitter miliknya untuk sesiapa sahaja yang ingin mempromosikan bisnes mereka secara percuma.
Ia merupakan salah satu usaha untuk membantu para usahawan yang terjejas pendapatannya ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Sumber: Twitter Adibah Noor