Sekumpulan nelayan telah berjaya menangkap seekor ikan kerapu gergasi seberat 160kg di perairan Marine Farms yang berjarak kira-kira 100 batu nautika dari Labuan.
Menurut penduduk yang dikenali sebagai Dullah Latif, 64, dia telah mengarahkan pekerjanya perairan Marine Farms pada pagi sabtu untuk memancing dan disitu mereta telah dikejutkan dengan kemunculan kerapu gergasi atau lebih dikenali sebagai ‘keratang’ oleh penduduk tempatan.
Ikan kerapu gergasi yang berjaya diperoleh mereka itu dianggarkan berukuran lebih kurang 2.1 meter panjang. Menurut nelayan tempatan, ikan kerapu gergasi ini biasanya boleh hidup sekitar 30 hingga 50 tahun.
“Selepas lebih 30 minit ‘bergelut’ dengan joran, akhirnya barulah kelibat ikan itu kelihatan di permukaan, dan sebaik sahaja mereka nampak (ikan), mereka menjerit kegembiraan, dan mulanya mereka tidak sedar betapa sukar untuk membawa ikan itu naik…tiga orang diperlukan untuk menaikkan ikan itu ke dalam bot,” ujarnya lagi.
Menurut Dullah, ini bukan kali pertama mereka mendapat ‘habuan besar’ kerana sebelum ini pada dua tahun lalu iaitu pada Februari 2019, mereka pernah menangkap ikan seberat 241kg yang dijual pada harga RM13,225 dan kemudian mereka juga memperoleh tangkapan ikan seberat 165kg dan 135kg.
Ikan kerapu gergasi itu telah dijual kepada pihak restoran makanan laut, Fishermen Harbour Restaurant di Paragon dengan harga RM8,000.
Menurut pemilik Fishermen Harbour Dylan Chua berkata, ikan kerapu itu akan dihiris kecil dan dimasukkan ke dalam mi sup mereka yang cukup terkenal, direbus dengan sos coklat dan diadun dengan cendawan.
“Ikan itu juga boleh digunakan untuk menu popular kami – digoreng dengan halia dan daun bawang dan digoreng dengan sos kacang hitam,” tambahnya lagi.