Nelayan Menemui Anak Jerung Bermata Satu Di Indonesia

Seorang nelayan di negara jiran, Indonesia menemui seekor anak jerung bermata satu yang menggemparkan orang ramai. Anak jerung bermata satu ditemuinya selepas membelah perut jerung dewasa yang tersangkut dalam jaring.nangtime.com - Nelayan Menemui Anak Jerung Bermata Satu Di Indonesia

Difahamkan, semasa nelayan terbabit mahu membelah usus haiwan tersebut, mereka mendapati di dalamnya ada beberapa ekor anak jerung.

Seorang nelayan berkata dia menemui 3 ekor anak jerung dalam perut jerung dewasa namun menyedari seekor anak jerung itu mempunyai mata yang aneh.nangtime.com - Nelayan Menemui Anak Jerung Bermata Satu Di Indonesia

Anak jerung yang dikatanya aneh itu berwarna putih dan mempunyai satu mata di tengah-tengah kepala dan sepasang sirip kecil yang baru terbentuk.

 

Oleh kerana merasa pelik, mereka pun membawa anak jerung itu ke pihak marin untuk pemeriksaan.

nangtime.com - Nelayan Menemui Anak Jerung Bermata Satu Di Indonesia

Menurut informasi yang diperoleh, anak jerung aneh bermata satu itu sebenarnya mengalami penyakit Cyclopia iaitu kecacatan kelahiran yang menyebabkan embrio membentuk satu mata.

Sebelum ini juga, pernah tular anak jerung yang mempunyai ciri-ciri yang serupa, bermata satu di Mexico. (gambar di bawah).

nangtime.com - Nelayan Menemui Anak Jerung Bermata Satu Di Indonesia

 

Facebook Comments Box