Nelayan Menemui Binatang Laut Aneh Berupa Separuh Sotong, Separuh Tupai

Dunia kita ini didiami oleh berjuta spesies hidupan sama ada hidupan di darat mahupun hidupan di laut. Meskipun kita sudah mengenalpasti ramai spesies hidupan di dunia ini, tetapi sebenarnya masih terlalu ramai hidupan lain yang belum kita ketahui dan tahun demi tahun mesti akan ada spesis hidupan baru yang ditemui.nangtime.com - Nelayan Menemui Binatang Laut Aneh Berupa Separuh Sotong, Separuh Tupai

Baru-baru ini tular mengenai seekor binatang laut aneh yang berjaya ditangkap oleh seorang nelayan. Menerusi video yang dikongsi oleh Nataliia Vorobok, binatang laut yang ditangkap oleh nelayan itu mempunyai kepala besar dengan mulut ternganga dengan sesungut seperti sotong kurita.

Walaubagaimanapun, binatang laut berkenaan hanya mempunyai 3 sesungut berbanding sotong kurita yang ada 8 sesungut. Sementara itu, kedengaran suara nelayan itu yang menanyakan ibunya mengenai haiwan tersebut, namun tidak jelas di mana lokasi haiwan itu ditemui.

Video yang berdurasi 24 saat itu kini tular di media sosial dan meraih 1.5 juta tontonan. Bagaimanapun rata-rata netizen mengatakan bahawa binatang tersebut tidak pernah ditemui lagi setakat ini.

nangtime.com - Nelayan Menemui Binatang Laut Aneh Berupa Separuh Sotong, Separuh Tupai

 

“Kalau dilihat dah macam separuh sotong dan separuh tupai. Benda apa itu dan amat menggelikan. Boleh bagi kepada pihak yang berwajib agar mereka boleh menjalankan siasatan binatang apa yang dijumpai oleh nelayan,” tulis @AlanSim.

@RosAdam pula memberitahu, “Binatang apakah itu. Nak kata macam sotong kurita ada lah sikit-sikit tapi sememangnya bukan sotong kurita. Ada sesiapa yang tahu binatang apakah itu.”

Anda pernah nampak tak binatang laut seperti dalam video ini?

Facebook Comments Box