Baru-baru ini tular mengenai tindakan seorang usahawan terkenal terhadap gelandangan yang membuatkan netizen bengang dan marah! Lelaki influencer yang juga seorang usahawan itu didakwa memalukan seorang gelandangan warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.
Video tular memaparkan lelaki tersebut dipercayai datang dengan pekerjanya untuk memberi sumbangan bantuan. Namun kemudiannya lelaki itu bertindak mempersoalkan sama ada warga emas terbabit menyesal kerana tidak berusaha pada waktu zaman muda dia dahulu.
Tindakan lelaki itu dianggap biadap dan tidak sepatutnya dia bertanyakan soalan yang boleh memalukan warga emas terbabit. Selain itu, netizen juga bengang dengan dakwaan dia yang mendakwa dirnya berada disitu kerana dihantar oleh Tuhan untuk menyelamatkan gelandangan disitu.
Di ruangan komen, ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan dan cara lelaki tersebut memberikan bantuan kepada golongan gelandangan.
Kesian pakcik tu..
“Ya Allah tergamaknya tanya soalan macam tu. Saya anggap pak cik itu macam ayah saya sebab sebaya. Hancur hati tengok dia diperlakukan seperti itu. Ini bukan cara untuk memberi motivasi,” luah @yasay.
“Boleh beri motivasi kepada orang lain, tapi lakukan dengan cara yang betul. Terkejut bagaimana dia boleh terlibat dengan perniagaan sedangkan dia tidak ada sikap empati. Perkara ini sangat mengecewakan dan tidak boleh diterima. Harap pak cik itu kekal tabah,” kata @acapsopi.
VIDEO:
Macam tu je dia sound pakcik ni biadap gila pic.twitter.com/t65ScwNLoG
— Cempaka (@IbuPeri__) July 28, 2021
Selain itu, terdapat juga yang komen yang meminta lelaki itu dikompaun kerana tidak dilihat tidak memakai mask dalam video tular tersebut. (Update: Menurut kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur, lelaki berkenaan telah dipanggil ke balai polis dan dikompaun RM1,500 kerana gagal mamatuhi SOP)
Sememangnya tindakan memberikan bantuan terhadap golongan yang memerlukan merupakan sati tindakan yang terpuji tapi tolong jangan sampai bertindak memalukan mereka. Mereka juga manusia seperti kita, ada hati, ada perasaan.