Pada zaman sekarang, ramai ibu bapa yang membelikan kek untuk sambutan harijadi anak mereka. Secara umumnya, Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak di dunia ini? Kami yakin setiap anak yang lahir pastinya akan sangat disayangi oleh ibu dan bapanya. Salah satu tanda untuk menunjukkan tanda kasih sayang terhadap anak adalah dengan menyambut hari ulang tahun kelahiran anak setiap tahun.
Dalam membesarkan anak, ibu bapa biasanya akan membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh anak mereka namun mereka juga manusia biasa akan adakalanya melakukan kesilapan.
Contohnya baru-baru ini, tular satu video seorang kanak-kanak yang menyambut hari lahirnya.
Insiden dalam video yang berlaku di luar negara itu menunjukkan ketika budak lelaki tersebut mahu meniup api lilin kek harijadinya, tiba-tiba sahaja seorang wanita yang dipercayai ibunya sendiri telah menolak kepalanya kearah kek.
Ya, memang ada yang suka membuat gurauan seperti ini, tapi guraunan seperti ini sangat-sangat tidak digalakkan lebih-lebih lagi terhadapa budak yang masil kecil.
Niat si ibu untuk bergurau rupanya membawa padah apabila anaknya tiba-tiba menjadi agresif dan tidak terkawal selepas kepalanya ditolak oleh ibunya kearah kek. Dalam video tersebut, terserlah kemarahan budak lelaki tersebut dengan perbuatan ibunya. Walaupun si ibu kemudian cuba memujuknya dan memeluknya, tapi ternyata tidak dapat meredakan kemarahan budak itu malah dia bertindak dia memukul ibunya dan dan cuba menjatuhkan kek harijadinya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan wanita itu yang menolak kepala anaknya kearah kek harijadi.Selebriti Adibah Noor yang berkongsikan video tersebut turut menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan perkara tersebut keada anak-anak.
Tolong jangan buat macam ni dekat anak. Tak kelakar malukan anak depan semua orang. Budak ni tengah sambut hari lahir kot!”
Budak-budak yang sambut harijadi memang gembira jika mak ayah belikan kek birthday buat mereka dan sebaiknya jangan lah melakukan perkara yang berisiko menjejaskan kegembiraan mereka.
Budak-budak pun mesti ada rasa malu bila muka kena tonyoh pada kek di depan orang ramai. huhu.
Selain itu, perbuatan menolak muka kearah kek harijadi juga boleh mendatangkan bahaya kerana kadang-kadang ada batang kayu atau plastik yang diletakkan didalamnya untuk menyokong kek. Pernah dulunya tular mengenai gadis pengsan selepas kepalanya ditolak kearah kek.