Niat Mahu Kongsi Kisah Kejayaan, Tiba-tiba Ada Netizen Komen Minta 2 Juta, Sekali Aliff Syukri Balas

” Pengalaman hidup susah mengajar saya erti menghargai” Itu antara perkongsian usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri di Instagram beliau yang berkongsi kisah kejayaan bagaimana akhirnya beliau kini memiliki ‘istana’ impian.nangtime.com -  Niat Mahu Kongsi Kisah Kejayaan, Tiba-tiba Ada Netizen Komen Minta 2 Juta, Sekali Aliff Syukri BalasBerikut perkongsian beliau;

Secara jujurnya ini adalah suatu impian dan mimpi yang inginkan ketika umur saya 10 tahun lagi….Dulu saya duduk di rumah flat di seksyen 20 shah alam, blok 19.

No rumah saya 206 satu block org lama pasti ingat saya yang nakal dan yg suka berangan jerit-jerit menyangi suatu ketika dulu. Impian saya bila besar nak keluar dari kepompong kemiskinan..

Dulu saya rasa malu sangat nak tolong arwah abah saya jual nasi lemak di tepi jalan sebab tu saya rasa ramai orang shah alam kenal saya sebab saya anak penjual nasi lemak tepi jalan depan flat sek20..

nangtime.com -  Niat Mahu Kongsi Kisah Kejayaan, Tiba-tiba Ada Netizen Komen Minta 2 Juta, Sekali Aliff Syukri Balas

Saya adalah anak kepada Kamarulzaman, pengawal keselamatan dan pagi-pagi saya buat part time jual nasi lemak di hadapan rumah flat saya..

Bila kawan sekolah saya nak beli nasi lemak saya akan bertukar jadi pembeli sebab saya malu..

Tapi bila difikirkan kembali buruknya sikap saya sebab pengalaman itu adalah universiti saya dan pengalaman tu saya tak boleh dapat di tempat lain….

Dari rumah flat 2 bilik, kini ‘istana’ idaman

Tidak saya sangka dan tidak saya duga impian menjadi nyata.

Dari duduk rumah flat 2 bilik, akhirnya rumah impian saya yang saya lukiskan sendiri yang saya reka sendiri selama 4 tahun siap jadi kenyataan.

Saya seorang yang cerewet dan saya tak suka beli rumah yang di sediakan oleh syarikat perumahan di mana rekaannya hampir menyerupai rekaan dengan orang lain..

Syukur ke hadrat ilahi kerana saya dilimpahkan rezeki walaupun tidak berpelajaran tinggi. Saya yakin rezeki yang ada pada hari ini bukan milik saya seorang.

Tetapi rezeki daripada doa mak ayah saya dan keluarga saya yang ada pada hari ini. Terutamanya mak saya dan juga isteri saya.

Doakan kehidupan saya berjaya dunia akhirat. AMIN YA RAB… i love u my love Shahida dan my mak Bonda Rozita Ibrahim.

nangtime.com -  Niat Mahu Kongsi Kisah Kejayaan, Tiba-tiba Ada Netizen Komen Minta 2 Juta, Sekali Aliff Syukri Balas

Komen netizen macam-macam, siap minta 2 juta

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata tumpang gembira di atas kejayaan Aliff Syukri tersebut yang memberi inspirasi.

Tak kurang juga yang komen bergurau dan memerli “yeke dato, kenapa dato..”

Dalam banyak-banyak komen, ada satu komen yang mencuit hati apabila seorang netizen dengan selamba minta duit RM2 juta dari Aliff Syukri.

” Dato bank in 2 juta kat akaun saya..” tulis Irwan

Apa yang mencuit hati ialah Aliff Syukri telah membalas komen tersebut dengan bertanya semula kepada individu terbabit,

” Cukup ke?” tanya Aliff Syukri sebagai respon balas.

Komen itu akhirnya mencvri tumpuan netizen lain yang masing-masing mahu meminta duit dari Aliff Syukri. “Saya nak jugak,tak banyak dalam 100 je duit raya”, usik yang lain.

Sumber: Asiakini.com

Facebook Comments Box