Objek Misteri Menyerupai ‘Obor-obor’ Bergerak Perlahan Dilihat Muncul Di Ruang Langit Russia

Penduduk di wilayah Amur, Russia dikejutkan dengan kemunculan satu objek bercahaya yang kelihatana seperti obor-obor di ruang langit mereka. Objek tersebut dilihat di ruang langit Amur pada bulan lepas dan baru-baru ini dimuatnaik ke media sosial.Objek Misteri Menyerupai 'Obor-obor' Bergerak Perlahan Dilihat Muncul Di Ruang Langit Russia

Susulan kemunculan objek seakan ‘obor-obor’ tersebut, timbul pelbagai spekulasi daripada penduduk dan orang ramai mengenai apa sebenarnya benda tersebut.

Kebiasaannya, apabila objek tidak dikenali dilihat di ruang angkasa, antara perkara pertama yang muncul di fikiran kebanyakkan orang adalah beranggapan ianya merupakan meteor (tahi bintang) dan juga UFO. Objek Misteri Menyerupai 'Obor-obor' Bergerak Perlahan Dilihat Muncul Di Ruang Langit Russia

Walaubagaimanapun, ‘Obor-obor’ tersebut dilihat bergerak dengan kelajuan yang agak perlahan, dan oleh sebab itu ada yang berpendapat mengatakan ianya kemungkinan adalah roket atau mesin terbang.

Menurut saksi seorang remaja yang menyaksikan sendiri kejadian tersebut bersama-sama dengan rakannya, mereka percaya objek itu adalah sejenis roket kerana pergerakannya yang perlahan dan kemudiannya meletup dan kelihatan seperti ‘obor-obor’Objek Misteri Menyerupai 'Obor-obor' Bergerak Perlahan Dilihat Muncul Di Ruang Langit Russia

“Saya dan rakan-rakan saya terlihat objek bergerak di langit, ianya nampak seperti komet tapi bergerak perlahan. Kami percaya ia sejenis roket atau mesin terbang,”

“Tak lama kemudian ia meletup dan terjadinya bentuk seperti obor-obor. Selepas itu, kami juga turut terdengar bunyi seakan letupan”Objek Misteri Menyerupai 'Obor-obor' Bergerak Perlahan Dilihat Muncul Di Ruang Langit Russia

Selain itu, menurut The Sun, tapak pelancaran roket Russia’s Vostochny Cosmodrome juga dilaporkan terletak di wilayah tersebut, memberi kemungkinan ia adalah misil yang masuk semula ke atmosfera bumi selepas dilancarkan.

VIDEO:

Walaubagaimanapun, seorang netizen lagi dengan yakin mengatakan ‘objek’ itu adalah meteor (tahi bintang) seperti anggapan pertama ramai orang dalam kes sebegini.

Facebook Comments Box