Perkongsian terbaru Yunizam Yusop, pemuda yang menyediakan perkhidmatan van jenazah percuma kepada penduduk daif tanpa batas agama di sekitar Sandakan, Sabah menjentik hati ramai.
Yunizam yang lebih dikenali dengan panggilan Abam Botak berkongsi bagaimana beliau sendiri tumpah air mata ketika datang ke hospital bagi menguruskan jnazah seorang remaja lelaki. Berikut perkongsian Abam Botak,
KASIH SEORANG AYAH!
Pak, rasanya tidak payah la bawa aku ke Hospital. Mungkin mahu sampai sudah masaku ni. Macam tiada harapan ku sudah ni. Pak! Pandanglah wajahku sepuas-puasnya pak.
Sambil menangis menitiskan air mata. Itu kata-kata yang keluar dari bibir seorang ayah. Menceritakan tentang kematian anaknya kepada kami pagi tadi.
Mereka daripada Kampung Suan Lamba, Sukau. Anaknya masih muda baru berusia 17 tahun. Hanya beberapa jam saja menerima rawatan di Hospital Sandakan. Arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi.
Saya bersama dengan rakan pengawal keselamatan (Sdr. Erwan) yang menjaga forensik juga turut menitiskan air mata tadi.
Erwan ceritakan lagi kepadaku. Ayahnya ada bertanya. Dimana hendak mencari kereta jenazah Berbayar ka? Kalau berbayar dia sudah tidak mampu lagi.
Tapi kalau boleh, minta bawalah dulu jenazah anaknya nanti dia cuba cari-carikan ongkosnya. Duit yang ada dalam koceknya pun hanya ada RM70.00 sahaja tuan-tuan? Itu pun wang hasil daripada sumbangan staff Hospital yang berjaya dikumpulkan.
Saya ucapkan terima kasih dan syabas kepada staff Hospital. Semoga Tuhan membalas jasa dan sumbangan kamu dengan berlipat kali ganda lagi.
Dengan duit RM70.00 tu. Rasanya cukupkah untuk urus pengebumian anaknya tuan-tuan? Saya cuba tanya dengan teman-teman?
Dalam zaman sekarang ni. Dengan RM70.00 cukup kah? Gali lubang kubur saja sudah berapa? kain kafan sudah berapa? bayaran imam seluk pula sudah berapa? Alhamdulillah. Pagi ini kita usaha untuk permudahkan urusan bapa ini dan arwah anaknya.
Semoga Allah meringankan beban mereka dan mempermudahkan segala urusan mereka. Doakan juga perjalanan crew kami pergi dan balik selamat hendaknya. InshaAllah.
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata mengucapkan takziah kepada pakcik tersebut dan mendoakan kesejahteraan roh anak beliau.
Bukan itu sahaja, usaha murni yang dilakukan Abam Botak adalah satu dalam sejuta dan mendapat pujian warganet. Ramai juga yang meminta maklumat peribadi pakcik terbabit kerana mahu menghulurkan sumbangan peribadi.
Sumber FB Abam Botak