Pakcik 65 Tahun Pesakit Buah Pinggang Bekerja 15 Jam Sehari Jadi Pemandu E-Hailing

Pakcik 65 Tahun Pesakit Buah Pinggang Bekerja 15 Jam Sehari Jadi Pemandu E-Hailing. Seorang wanita Singapura yang dikenali sebagai Deera Daneesya telah memuat naik satu posting di laman Facebook mengenai seorang pemandu e-hailing yang bekerja 15 jam sehari.nangtime.com - Pakcik 65 Tahun Pesakit Buah Pinggang Bekerja 15 Jam Sehari Jadi Pemandu E-Hailing

Kehidupan atas jalan raya
Menurut Deera, pemandu bernama Andrew itu masih kuat melakukan perkerjaanya walaupun sudah mencecah usia 65 tahun dan telah mengumpul 2,054 kali perjalanan.

Mempunyai pengalaman 18 tahun sebagai pemandu teksi, baginya kehidupan selama 23 tahun sebagai pemandu bukanlah sesuatu yang mudah namun harus diteruskan demi menyara hidup.

Setiap hari dia akan bekerja selama 15 jam dan memastikan segala keperluan seperti tuala, empat air mineral, biskut, kopi dan bantal lengkap.

Mengalami masalah buah pinggang

nangtime.com - Pakcik 65 Tahun Pesakit Buah Pinggang Bekerja 15 Jam Sehari Jadi Pemandu E-HailingDeera sempat berseloroh mengatakan pasti akan ada tandas mudah alih jika muat untuk diletakkan di dalam kereta. Namun jawapan diberikan Andrew agak sedih apabila memberitahu dia menghidapi masalah kegagalan buah pinggang.

Tambah Andrew, dia baru sahaja pulang menjalani rawatan dialisis sebelum mengambil Deera. Andrew juga berkata dia memerlukan bantal supaya dia berasa selesa sepanjang pemanduan.

nangtime.com - Pakcik 65 Tahun Pesakit Buah Pinggang Bekerja 15 Jam Sehari Jadi Pemandu E-Hailing

Sikap yang positif
Walau bagaimanapun, Deera menyatakan bahawa warga emas itu tidak sedikit pun mengeluh mahupun bersedih dengan nasib sebaliknya bersikap positif dan tabah.

“I’m happy at least i get to move around and do something..Anyway life is short so we can’t waste it away” kata Andrew.

Gadis itu sangat kagum dan berharap agar hidup Andrew sentiasa dirahmati dan diberi kekuatan untuk melalui hari-hari berikutnya.

Semoga pakcik ini dimurahkan rezeki dan terus diberikan kekuatan dan ketabahan dalam apa jua yang dia lakukan.

Sumber: Deera Daneesya , OMM

Facebook Comments Box