“Papa dan mama meninggal pergi kerja” – Pening Kepala Cikgu Dengar Jawapan Murid Tahun Satu

” Papa dan mama meninggal pergi kerja” – Pening kepala Cikgu Dengar Jawapan Murid Tahun 1 itu. “TERUS aku rasa nak panjat tiang bendera tadi” Demikian kata guru Matematik Sekolah Kebangsaan (SK) 1 Gombak, Mohd Fadli Salleh apabila mendapat jawapan daripada seorang murid Tahun Satu."Papa dan mama meninggal pergi kerja" - Pening Kepala Cikgu Dengar Jawapan Murid Tahun Satu - nangtime.com

Mari kita ikuti kisah yang diceritakan oleh cikgu ini di akaun facebooknya. Hari ini Kak Aziah datang ke sekolah sampaikan hadiah dan juga kiriman sumbangan kawan-kawan dia untuk Dana Kita.

Yang kelakarnya, lepas aku dapat sekotak pensel warna ni aku terus bergerak ke kelas tahun 1. Aku ketuk pintu, minta izin guru semasa dan bertanya,

“Siapa anak yatim?”

Sunyi sepi satu kelas.

“Awak tahu tak anak yatim tu apa?”

Sekelas geleng kepala."Papa dan mama meninggal pergi kerja" - Pening Kepala Cikgu Dengar Jawapan Murid Tahun Satu - nangtime.com

“Oh, okey. Cikgu tukar soalan. Siapa yang ayah atau mak dia dah meninggal?”

Seorang murid angkat tangan. Murid lain terkebil-kebil.

 

“Oh, ayah awak dah meninggal ke?”

Dia angguk kepala.

“Habis tu awak tinggal dengan siapa? Dengan mak? Ke dengan nenek?”

“Saya tinggal dengan pengasuh. Papa dan mama meninggal pergi kerja.”

😭😭😭

Terus aku rasa nak panjat tiang bendera tadi. Guru perempuan yang ada dalam kelas gelak sambil tutup mulut dah. Murid lain yang awalnya terkebil-kebil pakat mula angkat tangan,

“Cikgu. Ayah saya meninggal juga.”

“Saya pun. Mama meninggal dekat nenek baru pergi kerja,” sahut yang lain."Papa dan mama meninggal pergi kerja" - Pening Kepala Cikgu Dengar Jawapan Murid Tahun Satu - nangtime.com

“Sudah. Sudah. Cikgu tak nak agih la kat kelas awak hari ni. Nanti hari lain cikgu datang. Cikgu check senarai nama dengan guru kelas lah. Tak boleh harap kat awak ni. Tak faham apa.”

 

Terus aku berlalu pergi cari anak yatim dan murid dari keluarga bercerai di tahun 2 dan 3 untuk agih warna, buku doodle dan lebihan Calips tempoh hari.

Tak boleh tanya murid tahun satu awal tahun begini. Banyak vocab belum mereka kuasai.

Ada ke patut ayah meninggal kat rumah pengasuh untuk pergi kerja. Hari-hari la mak ayah meninggal kemudian balik semula. 🤦‍♂️

#MFS
– Cerita anak tahun 1 –

Sumber: FB Mohd Fadli Salleh

Facebook Comments Box