Satu rakaman yang menakjubkan berjaya dirakam oleh kaki pancing di Sungai Fraser, British Columbia, Kanada. Rakaman yang luar biasa itu memaparkan seekor ikan gergasi seberat 158 kg melompat dari permukaan air secara tiba-tiba dalam satu aksi yang sangat menarik.
Video yang diupload pada 17 Julai lalu oleh pengendali aktiviti memancing, Yves Bisson Sturgeon Co. di laman Instagram kemudiannya pantas menjadi tular terutama dikalangan geng-geng kaki pancing dan sehingga kini sudah mencecah lebih 54 ribu tontonan.
Menurusi perkongsikan video tersebut, seorang pemancing sedang menarik jorannya sebelum tiba-tiba sahaja seekor ikan gergasi melompat keluar dari permukaan air. Mereka yang berada berdekatan bot berteriak terkejut menyaksikan perkara menakjubkan itu di depan mata mereka.
Kai-kaki pancing teruja dapat menyaksikan kejadian tersebut
Aksi ikan itu sempat dirakam dalam video dan kelihatan sangat menarik dan luar biasa saat dilihat dalam mode gerak perlahan (slowmotion).
Menurut Yves Bisson, ikan gergasi tersebut merupakan ikan spesies Sturgeon dan dianggarkan berusia sekitar 50 tahun.
VIDEO:
Ikan tersebut dilepaskan semula ke sungai berkenaan. – nangtime.com
Kredit: Yves Bisson