“Pegang Tangan Dan Mengayat Tu Biasa” Gadis Penjaga Tol Dedah Tabiat Orang  Nak Bayar Tol.

“Pegang Tangan Dan Mengayat Tu Biasa” Gadis Penjaga Tol Dedah Tabiat Orang  Nak Bayar Tol. Biarpun tahap pembangunan Malaysia boleh dikatakan sudah jauh maju ke depan tapi malangnya, masih ada lagi rakyatnya yang mempunyai tahap pemikiran yang rendah dan tidak tahu menghormati orang lain.nangtime.com - "Pegang Tangan Dan Mengayat Tu Biasa" Gadis Penjaga Tol Dedah Tabiat Orang  Nak Bayar Tol.

Berdasarkan sebuah artikel oleh iluminasi, seorang penjaga tol yang hanya mahu dikenali sebagai Mira ada berkongsi pengalamannya bagi menggambarkan betapa teruknya perangai sesetengah pengguna lebuh raya di Malaysia.

Umum sedia maklum, bekerja sebagai penjaga tol sudah tentu berdepan dengan orang ramai yang mempunyai pelbagai ragam. Jom kita baca perkongsian gadis penjaga tol ini.

Nama saya Mira. Berumur 24 tahun, maaf saya tak letak gambar di sini. Untuk pengetahuan anda, saya bekerja di salah sebuah plaza tol di selatan Kuala Lumpur. Tugas saya seharian dulu adalah mengutip duit tunai bayaran tol orang ramai. Kini saya bertugas menjaga kaunter tambah nilai Touch n Go orang ramai.

nangtime.com - "Pegang Tangan Dan Mengayat Tu Biasa" Gadis Penjaga Tol Dedah Tabiat Orang  Nak Bayar Tol.

Jika nak banding dulu dengan sekarang, tabiat orang kita yang menggunakan lebuhraya sama saja. Ada yang baik, ada yang buruk, biasalah. Namun saya hendak memberitahu anda lima tabiat orang kita yang selalu buat saya sakit hati.

1) Lelaki selalu ganggu saya
Kalau setakat ganggu biasa-biasa saya boleh abaikan. Kadangkala ada yang sampai pegang tangan tak mahu lepas. Apa kau ingat aku bini kau ke boleh pegang-pegang? Saya tak ada lah marah sangat kalau setakat yang buat-buat tanya dah kahwin ke, ada boyfriend ke, tapi bila dah mula pegang tangan, memang jahanam lelaki macam tu. Dia tak tahu kot kami ada cctv. Nak kami hantarkan bukti kegatalan anda pada isteri?

nangtime.com - "Pegang Tangan Dan Mengayat Tu Biasa" Gadis Penjaga Tol Dedah Tabiat Orang  Nak Bayar Tol.

2) Baru nak bincang berapa nak topup
Banyak kereta beratur di belakang tapi bila dah sampai giliran dia, dia masih lagi berbincang berapa nak topup. Tak boleh ke putuskan awal-awal semasa beratur?

3) Tak reti perlahankan radio
Dengan muzik dung-dang-dung-dang dan suara lemah gemalai (walaupun jantan) anda harap kami boleh dengar suara anda nak topup berapa? Isk. Tolonglah perlahankan sikit radio kereta anda tu kerana kami perlu tahu berapa anda nak relod. Reload lebih tau pulak marah.

4) Tidak adjust kereta betul-betul
Yang ni lagi satu masalah pada kami. Maaflah, saya wanita, tapi saya akui benda ni selalunya berlaku pada pemandu wanita. Badan sudah lah kecil, boleh pulak dia hentikan kereta jauh dari kaunter sehinggakan kami yang terpaksa hulurkan badan ke luar nak sambut duit. Boleh saja perlahan-lahan dekatkan kereta anda.

nangtime.com - "Pegang Tangan Dan Mengayat Tu Biasa" Gadis Penjaga Tol Dedah Tabiat Orang  Nak Bayar Tol.

5) Sempat lagi membebel dekat kami pasal kena bayar tol
Pasal ni pun selalu kami kena. Sambil duk reload Touch n Go, sambil tu jugaklah dia duk membebel kerajaan itu lah, tol itulah, ini semua kapitalislah. Tuan-tuan dan puan-puan, maaflah. Tugas kami hanya untuk menjaga kaunter tol atau kaunter topup Touch n Go, bukannya kaunter aduan ketidakpuasan hati anda.

Jadi itulah 5 yang selalu buat saya menyampah. Bagaimanapun, alhamdulillah majoriti pengguna tol kita berbudi bahasa dan bertata susila. Cuma bila 5 bab ni, rasa macam nak jatuhkan aje palang tol tu kat atas cermin kereta dia, gurau jer…

Oleh sebab itu kita sebagai pengguna lebuh raya pastikan anda tidak termasuk dalam golongan yang mempunyai 5 tabiat buruk ini ya!

Facebook Comments Box