Lelaki Pergi ke Bank Selepas Tak Sedap Hati Terima Panggilan Pegawai Bank Namun Tergaman Apabila Semua Staff Bank Bangun Saat Dia Masuk..
Sekitar pukul 2pm aku tukar cash cheque kat CIMB Kota Kemuning nilai RM2000, bila dah dapat cash terus masuk poket tanpa aku kira berapa aku dapat..
Lepas 3 jam lebih kurang macam tu aku dapat panggilan dari CIMB untuk bertanya aku dapat duit not RM50 ke RM100, jadi aku jawablah dgn betul yang aku dapat duit not RM50 dan pegawai bank yang call aku tu pun terima jawapan aku.
Dengan nada yg mendesak sambil bertanya semula “betul ye not RM50” dan aku jawablah dengan jujur “ya betul not RM50” dan dia pun menghabiskan perbualan.
Aku macam tak sedap hati lalu keluarkan duit dari poket yang aku terima dari bank tadi dan kira, sebelum kira aku terasa macam duit tu lebih sebab terasa tebal lain macam.
Bila aku kira betul ada RM4000 dan aku terus ke bank CIMB untuk pulangkan baki RM2000 tu.
Sesampainya dibank sekitar pukul 5 aku minta kebenaran pak guard masuk untuk pulangkan baki duit yang terlebih tu, aku terus ke kaunter dan beritahu nak pulangkan duit yang staf bank bagi lebih RM2000 tadi,
tiba2 semua staf bank bangun ucap Alhamdulillah sambil sapu tangan dimuka tanda bersyukur sebab aku pulangkan duit yang terlebih bagi tadi dan semuanya ucapkan Terima Kasih pada aku.
Staf bank yang tersilap bagi duit lebih pada aku tadi sampai 4 kali salam aku ucap terima kasih dan tarik aku dari dalam kaunter nak peluk aku sambil cakap biasanya kes mcm ni hanya 1% jer yg pulangkan balik.
Jangan salah faham ye staf bank tu lelaki laa..hehehe
Lepas tu aku dihadiahkan payung CIMB kat gambar tu..hehehe
Lepas aku keluar dari bank baru aku terfikir, kalaulah aku tak pulangkan duit tu ntah apa staf bank tu nak jawab dengan Branch Manager dia dan tentu Gaji atau Bonus dia kena potong RM2000..
Alhamdulillah Allah buka hati aku supaya tak gelap mata dengan duit yg tak seberapa tu, dan sudah membantu insan lain walaupun aku tak mengenalinya..
Begitulah cerita aku tentang Payung CIMB..
Kejujuran didalam hidup sesuatu yang berharga didalam diri kita. Kejujuran sangat penting bagi memperolehi kepercayaan daripada masyarakat sekeliling.
Kejujuran juga bukti yang menunjukkan seseorang itu beretika atau tidak didalam menjalani hidup seharian.
Dengan adanya nilai kejujuran didalam diri membuat diri kita lebih disayangi dan lebih ramai orang suka berurusan dengan kita
Seperti kisah ini, seorang yang dikenali sebagai Khairul Muhidin berkongsi kisah yang dilaluinya. Satu hari pegawai bank tersilap memberikan lebih duit kepadanya semasa berurusan di kaunter.
Namun begitu,dengan nilai kejujuran yang ada didalam diri,beliau berasa bertanggungjawab untuk memulangkan semula wang tersebut di bank berkenaan. Tetapi alangkah terkejutnya,ini situasi yang dihadapi olehnya semasa proses pemulangan semula wang tersebut.
Kisah ini pernah tular pada tahun 2016 dulu namun diharapkan semoga kisah ini jadi salah satu inspirasi kita untuk belaku jujur dalam apa saja kita lakukan.
Sumber Status FB : Khairul Muhidin