Pekerja Terkejut Menemui Makhluk Hidup Aneh Yang Bergerak-gerak Ketika Dia Mengorek Tanah

Biasanya apabila kita mahu melaksanakan apa-apa projek seperti projek pembinaan seperti membuat bangunan atau parit, maka besar kemungkinan kita perlu mengorek tanah di beberapa bahagian terlebih dahulu. Pekerja Terkejut Menemui Haiwan Hidup Tidak Dikenali Yang Bergerak-gerak Ketika Mengorek Tanah - nangtime.com

Dalam satu video yang dimuatnaik oleh The Sun, seorang pekerja pengendali jengkaut yang sedang melaksanakan tugasnya terkejut besar apabila mendapat sesuatu benda hidup dalam tanah yang dikoreknya ketika mengggali tanah.

Dalam video berdurasi 38 saat itu, haiwan tidak dikenali itu kelihatan bergerak-gerak apabila didekati dan diangkat dengan jengkaut berkenaan. Pekerja Terkejut Menemui Haiwan Hidup Tidak Dikenali Yang Bergerak-gerak Ketika Mengorek Tanah - nangtime.comVideo rakaman tersebut pada awalnya dikongsi oleh @peterdangermat1 di TikTok yang sehingga kini mencecah jutaan tontonan.

Rata-rata netizen yang menonton video itu turut terkejut melihat haiwan tidak dikenali itu. Rata-ratanya cuba meneka apa sebenarnya haiwan yang dijumpai oleh pengendali jengkaut tersebut, malah ada juga yang mengaitkannya dengan makhluk bawah tanah dalam filem Tremor yang popular pada satu ketika dahulu.Pekerja Terkejut Menemui Haiwan Hidup Tidak Dikenali Yang Bergerak-gerak Ketika Mengorek Tanah - nangtime.com

Walaubagimanapun, spesis haiwan tersebut akhirnya diketahui tidak lama kemudian dan ianya merupakan seekor ikan yang dipanggil lungfish.

Pekerja Terkejut Menemui Haiwan Hidup Tidak Dikenali Yang Bergerak-gerak Ketika Mengorek Tanah - nangtime.com
Kelihatan jelas bentuk ‘ikan’

Spesis ikan lungfish ini mempunyai satu keistimewaannya yang tersendiri iaitu ikan ini mampu hidup di daratan tanpa air selama berbulan bahkan hingga bertahun di liang lumpur yang kering.

VIDEO:

Seperti namanya, ikan lungfish ini mempunyai sistem pernafasan yang membolehkannya mengambil oksigen terus dari udara seperti haiwan daratan yang lain.

Pekerja Terkejut Menemui Makhluk Hidup Aneh Yang Bergerak-gerak Ketika Dia Mengorek Tanah - nangtime.com
Lungfish
Facebook Comments Box