Pekerja Zoo Dikejutkan Kehadiran Makhluk Menggerunkan Dirakam Berkeliaran Di Kawasan Berhampiran Zoo

Satu rakaman makhluk tidak dikenali di Zoo Amarillo di negeri Texas, Amerika telah menimbulkan kerisauan dikalangan pihak pengurusan zoo dan orang ramai.Pekerja Zoo Dikejutkan Kehadiran Makhluk Menggerunkan Dirakam Berkeliaran Di Kawasan Berhampiran Zoo - nangtime.com

CCTV yang dipasang di zoo berkenaan telah merakam satu makhluk ganjil dan menakutkan berjalan di luar pagar zoon pada 21 Mei lalu.

Kemunculan makhluk berbulu ganjil itu telah memeranjatkan para pekerja di zoo apabila gambarnya terakam pada jam 1.25 pagi dalam keadaan samar-samar.

Oleh kerana tidak dapat memastikan apakah sebenarnya makhluk tersebut, pihak zoo bertindak menyebarkan gambar rakaman makhluk berkenaan dan bertanya sama ada mana-mana pihak yang dapat mengenalpasti apakah sebenarnya makhliuk tersebut.

“Atau ia adalah Chupacabra? Adakah anda mempunyai idea apakah sebenarnya entiti ini?” demikian status pengendali akaun Twitter rasmi Zoo Amarillo.Pekerja Zoo Dikejutkan Kehadiran Makhluk Menggerunkan Dirakam Berkeliaran Di Kawasan Berhampiran Zoo - nangtime.com

Sebagai info, Chupacabra merupakan haiwan mitos yang popular dalam masyarakat Amerika Latin yang digambarkan sebagai seekor makhluk besar yang ditakuti kerana menyerang haiwan lain dan meminum darahnya.

Nama Chupacabra adalah berasal daripada perkataan Sepanyol chupar (menghisap) dan cabra (kambing).

Menurut Michael Kashuba selaku Pengarah Taman dan Rekreasi City of Amarillo (COA), tiada sebarang kecederaan atau apa-apa kejadian yang tidak diingini susulan kehadiran makhluk berkenaan.

Pekerja Zoo Dikejutkan Kehadiran Makhluk Menggerunkan Dirakam Berkeliaran Di Kawasan Berhampiran Zoo - nangtime.com

Tambahnya lagi, makhluk ganjil tersebut adalah dirakam dari luar kawasan zoo dan tiada tanda-tanda pecah masuk ke zoo.

Mana-mana pihak yang boleh menolong merungkai misteri makhluk ini diminta berbuat demikian dengan menghubungi pihak City of Amarillo (COA).

Facebook Comments Box